web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selangor Mohon Keutamaan Terima Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 May 2021 4:13PM

Dr Siti Mariah menggesa Selangor diberi keutamaan dalam pemberian vaksin. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan digesa memberikan keutamaan kepada Selangor dalam pemberian vaksin bagi membolehkan usaha memerangi COVID-19 dapat dilakukan dengan lebih efisien.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, ia selepas mengambil kira kedudukan Selangor sebagai penyumbang utama ekonomi negara.

“Selangor menyumbang lebih dari 20% untuk produk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan kita tidak mampu membiarkan ekonomi terus jatuh akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan.

“Program vaksinasi Selgate COVID-19 ini diharap dapat mempercepatkan proses suntikan untuk melindungi ekonomi negara,” katanya dalam satu sidang media khas COVID-19 negeri hari ini.

Menurut beliau, sejumlah 72.3 peratus daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2019 disumbangkan enam negeri utama, dengan Selangor menduduki tangga teratas pada kadar 24.2 peratus.

“Ia diikuti oleh Kuala Lumpur (16.4 peratus), Sarawak (9.6 peratus), Johor (9.4 peratus), Pulau Pinang (6.7 peratus) dan Sabah (6 peratus),” katanya.

Pemberian vaksin ke atas 80 peratus rakyat negeri itu katanya lagi, mampu mengekang penyebaran virus COVID-19.

“Ia secara tidak langsung, memastikan penyebaran dari negeri ke negeri dapat dikawal kerana terdapat banyak kelompok COVID-19 yang dihasilkan dari perjalanan  merentas negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Siti Mariah memberitahu, Selangor bakal melancarkan program imunisasi sendiri bagi membantu  mengukuhkan lagi ekonomi negara.

Menurut beliau, keputusan berkenaan ditetapkan selepas mengambil kira fakta bahawa sektor industri dan kilang dikategorikan sebagai kumpulan terakhir penerima di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). - Getaran, 19 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Lumpuhkan Sindiket Dadah Rekreasi Terbesar Dalam Negara, Rampas RM14.15 Juta Dadah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia