web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Demonstrasi JPOAJ: Orang Asli Kesal, Mohon Maaf Kepada Sultan Johor

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 9:15PM

Beberapa wakil masyarakat Orang Asli hari ini menyatakan kekesalan mereka serta memohon maaf kepada Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, susulan tindakan segilintir masyarakat itu berdemonstrasi di hadapan Pejabat Menteri Besar Johor bulan lepas - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU -  Beberapa wakil masyarakat Orang Asli di sini hari ini menyatakan kekesalan mereka serta memohon maaf kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, susulan tindakan segilintir masyarakat itu berdemonstrasi di hadapan Pejabat Menteri Besar Johor bulan lepas.

Wakil Tok Batin Kampung Orang Asli (KOA) Kemidak, Hadi Baya berkata tindakan Jaringan Perkampungan Orang Asli Johor (JPOAJ) itu, disifatkan tidak mewakili keseluruhan masyarakat berkenaan di negeri itu, yang dianggarkan seramai 20,000 orang.

“Apa yang dilakukan JPOAJ bukanlah budaya kami dan dibimbangi memberi gambaran negatif dalam kalangan masyarakat.

“Kami juga memohon untuk menghadap Tuanku Sultan bagi menyatakan kekesalan kami dan memohon keampunan dan menunjukkan sokongan kami kepada baginda, yang sentiasa mengambil berat kebajikan masyarakat Orang Asli Johor selama ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hadi berkata mereka akan sentiasa memberi kerjasama dan sokongan kepada kerajaan negeri dan Persekutuan, bagi pembangunan masyarakat Orang Asli daripada semua sudut termasuk pendidikan, sosial ekonomi dan pembangunan.

Sementara itu, Tok Batin Kampung Orang Asli (KOA)  Berasau, Kluang, Sari Achu berkata tindakan berdemonstrasi itu, disifatkan memalukan masyarakat orang asli.

“Kami memang tidak setuju (demonstrasi), lagi pun itu bukan budaya kami, janganlah rosakkan nama Orang Asli,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tok Batin KOA Kangkar Senangar, Batu Pahat, Lim Abdul Rahman pula berkata terdapat cara lain bagi masyarakat itu menyuarakan pandangan atau ketidakpuasan hati, berbanding berdemonstrasi yang beliau umpamakan sebagai menconteng arang di muka Orang Asli.

“Kami memang tidak setuju (demonstrasi), bila dia kata (demonstrasi) mewakili Orang Asli, seolah-olah mewakili kami semua sedangkan kami tidak pernah bersetuju tindakan tersebut, jadi malulah kami,” katanya ketika dihubungi.

Jumaat lepas, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor Datuk Zahari Sarip dipetik sebagai berkata, sebarang perbincangan berhubung status dan cadangan mewartakan penempatan dan rizab Orang Asli di bawah ‘Tanah Kesultanan’ perlu menerusi meja bulat dan bukan secara terbuka, kerana dikhuatiri ada pihak akan mengambil kesempatan.

Pada 16 Mac lepas, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan kekecewaan berikutan ada segelintir Orang Asli menceroboh kawasan hutan simpan kerajaan, untuk dijadikan ladang getah dan kelapa sawit secara besar-besaran.

Baginda percaya terdapat orang luar yang menjadi dalang dalam hal tersebut dan cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan hak Orang Asli sebagai alasan.

Justeru, baginda turut menggesa kepada kerajaan supaya meletakkan semula kawasan penempatan dan rizab Orang Asli di bawah ‘Tanah Kesultanan', supaya tidak ada mana-mana pihak yang boleh berbuat sesuka hati.

Susulan itu, lebih 200 Orang Asli negeri ini berhimpun di Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, untuk menyerahkan memorandum membantah cadangan menjadikan tanah adat Orang Asli sebagai Tanah Kesultanan, pada 8 Mei lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

2

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Maut Kereta Rempuh Lori Rosak Di Lebuh Raya 

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kes Culik Wanita Di Kulai: Polis Tahan 9 Lelaki

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Bas Terbabit Nahas Di Genting Highlands Tiada Lesen Memandu

Semasa 1 jam yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

oleh Wartawan Getaran

Sukan 7 jam yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut

Sukan 10 minit yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang