web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Fadillah Saran Belia Dalam Sektor Perladangan Lakukan Penyelidikan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 9:30AM

Fadillah Yusof - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Golongan belia yang berkecimpung dalam bidang perladangan digalakkan supaya terlibat dengan penyelidikan agar dapat memanfaat perkembangan teknologi mekanisasi dan automasi dalam sektor itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata dengan adanya penyelidikan, para peladang bukan sahaja mampu mengendalikan teknologi sedia ada malah mereka juga berupaya mencipta teknologi baharu.

"Mereka juga digalakkan terlibat dengan penyelidikan supaya bukan sahaja tahu menggunakan mesin tetapi juga boleh mencipta mesin yang sesuai dalam sektor perladangan tak kiralah kelapa sawit, getah dan sebagainya," kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Sembang Santai bersama Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di sini malam tadi.

Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi dalam sektor perladangan juga mampu meningkatkan pendapatan sekali gus menarik lebih banyak penglibatan belia dalam bidang tersebut.

Beliau berkata antara cabaran negara ialah banyak bergantung kepada pekerja asing dalam sektor perladangan, justeru strategi seumpama itu mampu mendorong lebih banyak golongan muda terutama generasi kedua peladang berminat untuk meneruskan legasi mereka.

"Dengan memodenkan sektor ini, diharap dapat menarik belia berminat dan berkecimpung dalam bidang perladangan," katanya.

Fadillah berkata perkara itu terbukti apabila Sime Darby Plantation mampu menggaji 70 peratus pekerja tempatan kerana menggunakan teknologi mekanisasi.

Beliau berkata golongan belia juga perlu sedar bahawa bidang perladangan sebenarnya mampu menawarkan gaji yang setimpal lebih-lebih lagi jika pekerja mempunyai kemahiran.

"Ada yang berpendapatan purata RM3,000 sebulan walaupun hanya ada sijil vokasional... Gaji bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran. Kalau ada kemahiran, gaji dibayar setimpal," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

2

Sukan 3 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Elak Isu 3R Antara Inti Pati Draf MoU Peruntukan Pembangkang

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Jawatankuasa Teknikal MA63 Bincang Isu Pendidikan, Kesihatan April Ini - Fadillah Yusof

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 21 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 21 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000