web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Petra Group Beli Sinovac Secara Sah, Tidak Terbabit Dengan ‘Penipu’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 10:02PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembelian 200,000 vaksin Sinovac oleh Petra Group dibuat melalui saluran sah, membabitkan perincian telus dan rapi.

Ketua Pegawai Perhubungan Kerajaan, Datuk Dr William Stevenson berkata, pemeriksaan menyeluruh sudah dibuat bagi memastikan vaksin terbabit dikeluarkan oleh pengeluar dan pengedar yang sah, demi menjamin ketulenan bahan.

Menurut beliau, adalah sesuatu yang mengecewakan apabila Petra Group didakwa oleh segelintir media sebagai mempunyai kaitan dengan syarikat ‘penipu’,  sekali gus menjejaskan nama baik dibina selama ini.

“Kami percaya dengan kesahihan dan ketulenan pengedar vaksin yang terbabit dalam urus niaga bersama Petra Group, dan tindakan perundangan akan diambil bagi semua fitnah itu,” katanya.

Petra Group dan Yayasan Vinod Sekhar tegas beliau lagi, sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana pihak yang turut terbabit menawarkan vaksin tersebut.

“Kami hanya mahu membeli vaksin ini bagi disumbangkan secara percuma kepada golongan yang amat memerlukan.

“Petra Group hari ini terbabit dalam perbincangan yang memberangsangkan bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berhubung perolehan 200,000 dos vaksin Sinovac dan menerusi pertemuan secara maya itu, kami sekali lagi menyuarakan keikhlasan untuk menjadikan ia satu kenyataan,” katanya.

William berkata, pihak syarikat menerusi pertemuan terbabit turut menegaskan hakikat bahawa Sinovac tersebut ditawarkan tanpa sebarang agenda peribadi atau hubungan tertentu, malah bukan satu perancangan berunsur komersil.

“Kami faham niat Menteri yang mahu perkara ini diselenggarakan dengan telus bagi mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini pada masa akan datang,” katanya.

Sekadar info, Petra Group sebelum ini pada 8 dan 10 Mac lalu menghantar surat kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Khairy sendiri, bagi menyuarakan hasrat untuk menyumbang 200,000 vaksin sebagai sebahagian daripada khidmat kepada negara.

Syarikat berkenaan dalam surat itu, turut berjanji akan melaksanakan semua perancangan dan prosedur diperlukan sebaik beroleh kelulusan kerajaan berhubung perkara itu. - Getaran, 19 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia