web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Vaksin COVID-19, Kerajaan Perlu Beri Kelonggaran - Anwar Ibrahim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 11:08PM

Anwar berkata kaedah berkenaan diyakini akan memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan vaksin. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa memberikan kelonggaran kepada organisasi yang mahu membantu meringankan beban kerajaan berhubung suntikan vaksin COVID-19 secara percuma untuk rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelonggaran itu harus diberikan berikutan situasi semasa yang sudah mencecah paras kritikal.

Menurut beliau, ini adalah masa untuk sektor swasta yang sebelum ini menjana keuntungan berbilion ringgit, melakukan tanggungjawab sosial masing-masing dengan berbakti kepada semua petugas, melalui pemberian vaksin secara percuma.

Menggunakan tragedi Titanic sebagai analogi, Presiden PKR itu berkata, hanya golongan kenamaan terselamat dalam tragedi berkenaan sedangkan rakyat marhaen dibiarkan terkorban.

“Apakah kita mahu perkara ini berulang? Maka, siapkan vaksin, sampaikan kepada rakyat.

“Kalau kerajaan dah nampak tak ada keupayaan sepenuhnya, buka ruang, siapa boleh beli, beli, (termasuk) sektor swasta yang untung berbilion ringgit, yang ada pekerja di ladang atau kilang, dia beli, dia bayar,” katanya pada sidang media secara maya menerusi Facebook hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, kaedah berkenaan diyakini akan memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan vaksin sekali gus mengekang wabak COVID-19 di Malaysia.

“Mengapa darurat diisytiharkan jika kerajaan tidak boleh meminda akta atau mengarahkan syarikat yang terbabit dalam membawa masuk vaksin untuk memberikan kelonggaran.

“Saya tiada masalah Pharmaniaga telah membawa masuk jutaan vaksin melalui mereka, tetapi dalam keadaan krisis bagilah ruang orang nak beli, kerajaan boleh jimatkan belanja,” katanya. - Getaran, 19 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia