web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ketepikan Ego, Kepentingan Diri Untuk Perjuangan - Anwar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2023 4:12PM

Anwar (empat dari kanan) menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya pagi tadi. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ego dan kepentingan diri harus diketepikan dalam setiap perjuangan yang dilalui, demi memperkuat bangsa serta negara.

Menerusi perutusan khas sempena Aidiladha yang disambut hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan harus diberi kepada usaha membantu golongan lemah dan terpinggir.

Menurut beliau, ia turut mencakupi pendirian tegas untuk tidak mendahulukan ahli keluarga dan saudara mara.

“Perjuangan ke hadapan yang menuntut kita agar mengetepikan ego dan kepentingan kerabat dan keluarga, demi kekuatan seluruh bangsa kita, terutama mereka yang lemah dan terpinggir.

“Justeru, ibrah itu menjadi asas keyakinan kita dalam mengemban amanah dan menunaikan cita-cita para pewaris bangsa,” katanya.

Tegas Perdana Menteri, tekad dan sumpah itu harus disatukan demi sebuah negara yang maju, sejahtera dan ihsan terhadap rakyat.

Memetik ayat 37 dari surah Al-Hajj, beliau memberitahu, Allah SWT telah mengingatkan bahawa ibadah korban yang dilakukan adalah bukti ketakwaan seseorang Muslim.

“Allah SWT telah berfirman bahawa tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah daging dan darah haiwan yang dikorbankan itu, akan tetapi yang sampai kepadaNya adalah ketaqwaan kamu pada amalan.

“Menyingkap pesan agung ini, maka tanggal 10 Zulhijjah saban tahun kita melaksanakan ibadah korban sebagai memperingati pengorbanan suci kekasih Allah Nabi Ibrahim AS, Siti Hajar dan Nabi Ismail AS dalam ketaatan hakiki kepada Sang Khalik,” katanya.

Jelas Anwar, tanah gersang tidak berpenghuni yang didiami Siti Hajar dan Nabi Ismail tetap subur dibasahi keimanan, kasih sayang serta keikhlasan jiwa dalam menurut perintah Allah SWT.

“Pengorbanan inilah yang menjadi asas kepada sebuah perjuangan suci mengembalikan maruah umat dan menjamin keadilan buat semua.

“Kepada rakyat Malaysia yang menunaikan haji di tanah suci, saya mendoakan agar beroleh haji yang mabrur dan semoga selamat pulang ke tanah air. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Wa Lillahil Hamd,” katanya.

Perdana Menteri terdahulu menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya pagi tadi, dan turut diiringi isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar yang tiba pada jam 8.19 pagi disambut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff sebelum memasuki dewan utama masjid.

Turut dilihat hadir ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. - Getaran, 29 Jun 2023




 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini