web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Maszlee Tanya Mana Lokar, Radzi Bidas Jangan Fitnah, Semak Dengan Menteri Baharu

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Jun 2023 8:34PM

Maszlee mahu pihak berkenaan menjelaskan sama ada semua lokar yang telah dibeli dan dibayar, sudah dihantar ke setiap sekolah memerlukan supaya rakyat dapat mengetahui status projek di bawah pentadbiran lama. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) diminta menjelaskan pada kadar segera status projek pembinaan lokar di sekolah, yang kelulusannya diberi kerajaan terdahulu.

Mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, pihak berkenaan juga diminta menjelaskan sama ada semua lokar yang telah dibeli dan dibayar, sudah dihantar ke setiap sekolah memerlukan.

Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik

“Apakah semua locker yang telah dibeli dan dibayar oleh kerajaan sudah dihantar ke sekolah-sekolah semua?

“Harap @kementerianpendidikanmalaysia dapat jelaskan kepada rakyat apakah status projek di bawah pentadbiran lama ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) itu, isu berkaitan lokar tidak akan dibawa oleh pembangkang ke Parlimen atau dihebahkan kepada media kerana ia membuka lompang pentadbiran KPM di bawah pimpinan blok tersebut.

“Saya yakin demi integriti dan juga tatakelola kerajaan yang baik dan bersih, KPM dapat berkongsi maklumat kepada rakyat mengenai satu lagi projek kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah Datuk Dr Mohd Radzi Jidin yang menimbulkan kontroversi tetapi disenyapkan oleh PN,” katanya.

Hantaran Maszlee itu bagaimanapun pantas menerima balasan Radzi tidak lama kemudian.

“Brother, hari ini hari raya korban. Korbankan sikit perangai busuk hati tu. 

“Apa yang seharusnya dilaksanakan sewaktu di KPM telah pun saya dan pengurusan KPM ikhtiar dan laksanakan sebaiknya sebelum saya tinggalkan kementerian,” jelasnya, seakan berang dengan tuduhan dilemparkan Maszlee.

Selar Ahli Parlimen Putrajaya itu, hidup berlandaskan fitnah tidak akan membawa sebarang keberkatan.

“Brother, hidup memfitnah ni tiada keberkatan!

“Pelaksanaan inisiatif tersebut adalah mengikut fasa dan secara tender terbuka. Untuk fasa seterusnya, boleh tanya terus kepada Menteri PH-DAP-BN (Barisan Nasional) sekarang,” bidasnya. 

Untuk info, Radzi dilantik mengepalai Kementerian Pendidikan selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada 2020. - Getaran, 29 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka