web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Enggan Dengar Perkembangan KXP, Hanya Terima Penjelasan Sebelah Pihak - Sanusi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2023 3:28PM

i Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa enggan mendengar penjelasan berhubung perkembangan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, penjelasan daripada kerajaan negeri dan KXP Airportcity yang telah mengusahakan projek itu sejak sembilan tahun lalu mampu merungkai apa sahaja kekeliruan.

Kesal dengan pendirian pendirian tersebut, beliau berkata, keengganan Perdana Menteri seolah membayangkan pemimpin utama negara itu hanya mendengar penjelasan sebelah pihak, yang memang diketahui umum menentang projek berkenaan.

“Hal-hal yang menjadi alasan YAB PM untuk mengelak kelulusan itu sudahpun ditangani melalui sesi libat urus dan perundingan Jawatankuasa Teknikal KXP Airportcity (syarikat milik penuh kerajaan negeri Kedah), sebagai pemaju Kedah Aerotropolis dengan semua jabatan serta agensi berkaitan sejak sembilan tahun lalu. 

“Laporan berkenaan juga telah beberapa kali disedia serta dibentangkan oleh konsultan yang dilantik oleh KXP Airportcity dan Unit Perancang Ekonomi JPM sebelum ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sanusi menyatakan demikian sebagai mengulas penjelasan diberikan Anwar, yang menyangkal dakwaan kerajaan Persekutuan menindas mana-mana negeri dalam soal penyaluran peruntukan atau pembangunan, termasuk isu pembinaan KXP .

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Perdana Menteri dipetik sebagai berkata, cadangan pembinaan lapangan terbang memerlukan kajian yang teliti sebelum boleh dilaksanakan, kerana ia melibatkan beberapa aspek penting terutamanya keselamatan negara selain perlu melalui prosedur dan peraturan tertentu.

Menarik perhatian terhadap penjelasan diberikan Anwar, Sanusi berkata, Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kedah Aerotropolis diketuai oleh Tan Sri Ir Dr Jamilus Husin, iaitu tokoh yang mengetuai pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) satu ketika dulu. 

Jamilus katanya, sangat memahami selok belok, keperluan serta kaedah membina dan mengendalikan projek itu. 

“Beliau diberi jolokan 'The Airport Man' dalam dunia pembangunan lapangan terbang. 

“Tan Sri Jamilus  juga adalah seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah KXP Airportcity,” katanya.

Jelas Sanusi, tokoh korporat yang didakwa Anwar tidak berhasrat membiayai KXP sebenarnya tidak terlibat sebagai pemaju, selepas gagal menjawab surat dikemukakan oleh Jawatankuasa Kewangan dan Tender Kedah Aerotropolis. 

“Beliau hanyalah satu daripada berpuluh-puluh syarikat yang telah mengemukakan proposal dalam RFP yang dilaksanakan. 

“Walaupun beliau memohon untuk terbabit melalui kaedah RFP dan hadir dalam proses saringan, beliau gagal menjawab dalam tempoh ditetapkan, selepas YAB PM 'memberi bayangan' dalam pembentangan Belanwajawan Negara 2023. Beliau sudah menjadi sebahagian daripada sejarah,” katanya. - Getaran, 1 Julai 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi