web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tragedi Kepala Air: Satu Lagi Mayat Dijumpai Pagi Ini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2023 12:00PM

Satu lagi mayat dipercayai mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, ditemukan pagi ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Satu lagi mayat dipercayai mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, ditemukan pagi ini.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Penguasa Kanan II Azman Alias berkata mayat dipercayai remaja perempuan ditemukan pada 7.45 pagi sekali gus menjadikan keseluruhan tujuh mangsa telah dijumpai setakat ini.

Bagaimanapun, identiti mangsa belum dikenal pasti kerana pengecaman mayat belum dilakukan oleh waris.

"Mayat dijumpai oleh penduduk kampung di belakang Masjid Kampung Dadong, kira-kira 12 kilometer dari lokasi kejadian. Mayat dibawa naik dari sungai pada 8.15 pagi dan dibawa ke Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih,” katanya kepada pemberita hari ini.

Setakat semalam, enam mayat telah ditemukan dan dikenal pasti identitinya iaitu Karim Abdullah, 39; Azizah Eiyi, 40; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.

Mangsa yang masih hilang ialah Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, Putri Alleya Maisarah Karim, 16, Putri Nor Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24. 

Dilaporkan Karim dan Azizah bersama tujuh anak mereka serta Muhammad Fikri yang juga tunang kepada Putri Balqis Izzati pergi berkelah di jeram berkenaan pada Sabtu sebelum hilang dihanyutkan kepala air. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Insiden Kepala Air: 45 Individu Berjaya Diselamatkan

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Macam Ni Punya Dahsyat, Tak Hairan Nyawa Boleh Melayang

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka