web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kes Kumulatif Denggi Meningkat 139 Peratus Bagi Tempoh Januari Hingga Julai Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2023 3:00PM

Kadar kematian bagi penyakit itu juga dilaporkan meningkat 122 peratus melibatkan 40 kes kematian berbanding 18 kes kematian pada tahun lepas. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GOMBAK - Kes kumulatif demam denggi dalam negara meningkat 139 peratus dengan jumlah 59,057 kes bagi tempoh Januari sehingga Julai tahun ini berbanding 24,743 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata dalam tempoh sama, kadar kematian bagi penyakit itu juga dilaporkan meningkat 122 peratus melibatkan 40 kes kematian berbanding 18 kes kematian pada tahun lepas.

"Bagi negeri Selangor pula, sebanyak 29,382 kes telah dilaporkan bermula bulan Januari sehingga 2 Julai 2023 berbanding 15,207 kes pada tempoh sama pada tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 93 peratus manakala tujuh kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan di negeri Selangor sehingga kini.

"Justeru, program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 1.0 yang diadakan pada hari ini merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM). Ia akan diadakan sebanyak dua kali setiap tahun dengan penglibatan semua agensi dan komuniti dalam menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes," katanya selepas merasmikan program MADANI Afiat di Dewan Rakyat Batu Caves, hari ini.

Beliau berkata bagi memastikan tingkah laku memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes dalam kalangan masyarakat dilakukan secara konsisten, KKM turut memperkenal dan melancarkan inisiatif One Hour Malaysia Clean Up bagi memastikan usaha itu dapat direalisasikan.

Dalam program sama, Dr Zaliha turut mengumumkan agar inisiatif One Hour Malaysia Clean Up itu dijadikan sebagai aktiviti bulanan yang akan dilakukan pada setiap hari Sabtu minggu keempat setiap bulan dalam usaha mengurangkan kes bagi penyakit berkenaan. 

"Oleh itu, semua rakyat Malaysia sama ada dari agensi kerajaan, swasta, komuniti dan badan bukan kerajaan (NGO) disarankan untuk bersama-sama menjadikan program ini sebagai aktiviti bulanan yang diharapkan dapat mengurangkan kes demam denggi dan risiko kematian akibat demam denggi dalam negara kita," katanya.

Mengulas mengenai kes denggi di Selangor, Menteri Besarnya Datuk Seri Amirudin Shari berkata inisiatif seperti One Hour Malaysia Clean Up itu dilihat mampu mengurangkan kes denggi dengan adanya penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti gotong-royong.

"Apa yang penting adalah untuk kita gariskan isu ini (beri tumpuan) dan menggalakkan masyarakat untuk turut sama terlibat dan peka tentang penyakit demam denggi. Kerana ini soal kesihatan awam yang perlukan kerjasama dan penglibatan daripada setiap lapisan masyarakat," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Ditangguh, Lebih 100 Dokumen Belum Disahkan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Jangan Risau, KKM Sentiasa Pantau Rapat - Menteri

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Sukan 16 jam yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

Politik 3 jam yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Semasa 11 jam yang lalu

Laporan Ketua Audit: KESUMA Buat Laporan SPRM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 4 jam yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB