web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Laporan Palsu Kad Pengenalan Hilang Meningkat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2021 2:59PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Laporan palsu membabitkan kehilangan kad pengenalan meningkat dengan mendadak bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya menerima 108 laporan palsu membabitkan kes itu, sepanjang Januari hingga April lalu.

Katanya, ia adalah satu lonjakan ketara, berbanding hanya 60 laporan sepanjang tahun 2020.

"Dari keseluruhan 108 kes dicatatkan, 86 sudah dituduh di mahkamah manakala 82 lagi masih dalam siasatan.

"Polis mendapati, jumlah denda yang dikenakan atas kehilangan disebabkan kecuaian menjadi faktor orang ramai membuat laporan seumpama itu.

"Pengecualian denda hanya diberikan jika kehilangan disebabkan oleh kejadian jenayah seperti ragut, kecurian dan samun," katanya di sini hari ini.

Beliau menarik perhatian, kejadian jenayah seperti itu adalah alasan yang sering digunakan bagi mengelakkan diri dari didenda kerana cuai.

Susulan itu Arjunaidi memberi amaran, orang ramai diingatkan agar tidak membuat laporan polis palsu untuk kepentingan peribadi, atau berdepan tindakan tegas pihak berkuasa.

"Kesahihan sesuatu laporan polis akan diketahui selepas siasatan terperinci dilakukan dan dari situ kita akan dapat melihat jika ia benar-benar tulen atau tidak," katanya.

Membuat laporan palsu adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000. - Getaran, 21 Mei 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi