web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terlibat Seludup, Lupus Sisik Tenggiling, Lelaki Tempatan Direman 4 Hari

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Jul 2023 4:13PM

Selain terbabit dalam pengubahan wang haram, suspek juga disyaki terlibat menyeludup dan melupuskan sisik tenggiling - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki tempatan ditahan reman kerana disyaki terlibat dengan sindiket menyeludup dan melupuskan sisik tenggiling.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, suspek yang pernah dikesan sebelum ini turut terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Menurut beliau, suspek berusia dalam lingkungan awal 40-an itu dipercayai ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira jam 6 petang, dua hari lalu.

“Majistret Nor Syakirah Che Hashim telah membenarkan suspek direman empat hari bermula 19 hingga 22 Julai setelah SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam,” katanya kepada Getaran.

Sumber memberitahu, SPRM telah menahan reman empat individu, dengan tiga daripada mereka ditahan selama empat hari.

“Seorang lagi direman dua hari, dan ia adalah hasil dari serbuan dijalankan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, dikenali sebagai Op Jaguar,” katanya.

Operasi berkenaan jelas sumber lagi, dijalankan ke atas sebuah premis di Klang dan di ibu negara.

Sementara itu Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan penahanan suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan  Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001,” katanya. - Getaran, 20 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia