web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jual Air Dalam Akuarium Menyalahi Undang-Undang — KKM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2023 3:38PM

Peniaga perlu menggunakan bekas yang khusus untuk menyimpan makanan - gambar Twitter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penggunaan bekas selain daripada yang memang dikhususkan untuk menyimpan makanan adalah satu kesalahan di bawah Peraturan 31, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, ini bermakna adalah satu kesalahan apabila akuarium yang berfungsi sebagai bekas memelihara ikan dan bukan bertujuan untuk penyimpanan makanan digunakan sebagai bekas air bagi tujuan jualan.

Menurut beliau, akuarium kebiasaannya diperbuat daripada bahan kaca, acrylic atau plastik dan berkemungkinan mengandungi bahan kimia seperti plumbum atau phthalates, yang boleh larut di dalam air.

“Bahan kimia ini seterusnya akan mencemarkan air tersebut, sekali gus mengakibatkan kesan kepada kesihatan,” katanya hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan seorang peniaga yang menggunakan akuarium bagi menyimpan air, untuk menarik perhatian pembeli.

Tindakannya itu menyebabkan gerainya tular di media sosial, dengan majoriti menganggap kreativiti digunakan tidak bersesuaian dengan perniagaan dilakukan.

Idea peniaga berkenaan juga menerima kecaman, apabila disifatkan sebagai mengundang mudarat kerana bahan digunakan boleh mendatangkan pencemaran kepada air yang dijual.

Akuarium digunakan mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan - gambar Twitter
Akuarium digunakan mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan - gambar Twitter

Dalam hal ini jelas Dr Muhammad Radzi, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) akan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas penjualan makanan, termasuk penjualan minuman yang menggunakan bekas bukan untuk tujuan makanan.

“Pihak KKM ingin menegaskan kepada penjual dan pengguna untuk memandang serius tentang keselamatan makanan dan memastikan makanan yang dijual adalah selamat dan berkualiti untuk semua.

“KKM juga ingin menasihatkan orang ramai agar membeli makanan di premis makanan yang bersih,” katanya.

Beliau memberitahu, KKM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kualiti makanan terjamin agar kesihatan penguna sentiasa terpelihara.

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, mereka boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat.

“Mereka juga boleh melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.,” katanya. - Getaran, 21 Julai 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah