web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mufti Pulau Pinang Pertahan Tindakan Batal GVF 2023

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2023 6:33PM

Wan Salim Wan Mohd Noor - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN -- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berhak membatalkan Festival Good Vibes 2023 susulan aksi dan kenyataan biadap kumpulan dari United Kingdom “The 1975” ketika persembahan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, Jumaat lepas.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata tindakan KKD itu tidak boleh dipersalahkan kerana penganjur festival telah membuat akujanji akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap konsert tersebut.

"Terlebih dahulu ingin ditegaskan bahawa agama Islam tidak sama sekali menentang hiburan termasuk konsert muzik, drama, filem dan seumpamanya.

"Yang ditentang dan dilarang Islam adalah hiburan dan apa jua aktiviti seni yang boleh merosakkan fikiran serta kelakuan penonton atau peminat. Sejarah tamadun Islam tidak pernah menyaksikan sebarang konflik antara agama dan kemajuan termasuk dalam bidang kesenian serta hiburan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai persembahan “The 1975” di Festival Good Vibes 2023 dihentikan selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.

Matty didakwa memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menerusi laman Instagram rasminya menyifatkan tindakan Matty yang berkelakuan tidak sopan dan mempersenda undang-undang berkaitan LGBT di negara ini dalam konsert itu, sebagai perbuatan biadab.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata tidak wajar bagi sebuah negara yang ingin membangunkan generasi penerus yang dinamik dan progresif, membawa masuk budaya luar yang boleh merosakkan nilai-nilai moral.

Menurutnya dengan mempamerkan kelakuan tidak sopan dan kritikan terhadap undang-undang Malaysia pada konsert tersebut, jelas kumpulan “The 1975” itu berniat serong terhadap Malaysia dan rakyatnya yang masih mendokong serta menghormati nilai-nilai akhlak murni.

"Mana-mana umat Islam yang menonton konsert itu dinasihatkan supaya memohon keampunan daripada Allah sebagai menzahirkan perasaan kesal walaupun mereka tidak dikira melakukan dosa kerana tidak menjangka tindakan tidak bermoral itu akan dilakukan di hadapan mereka," katanya. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Sindiket Pengedaran Jus Dadah Lumpuh, Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM500,000 Dirampas

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Sindiket Dadah Tumpas, 4 Lelaki Ditahan Bersama Dadah RM178,500

4

Semasa 3 bulan yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia