web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemergian Soberi Dicemburui, Mantan Mufti Yakin Allahyarham Husnul Khatimah 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2023 10:23PM

Allahyarham Dr Soberi Awang rebah pada jam 7.55 pagi semalam ketika sedang menyampaikan Kuliah Subuh - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Walaupun sudah dua hari berlalu, kisah pemergian Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Ustaz Dr Soberi Awang masih menjadi bualan ramai.

Disifatkan sebagai kematian yang dicemburui, pemergian Allahyarham semasa menyampaikan Kuliah Subuh benar-benar menyentuh hati.

Majoriti netizen yang berkongsi berita pemergian Soberi yakin Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan husnul khatimah. 

Menguatkan keyakinan itu, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, bentuk kematian Allahyarham seolah mengesahkan perkara tersebut.

Menurut beliau, Soberi juga sempat melafazkan ayat Al-Quran sebelum meninggal dunia.

“Ayat al-Qur’an terakhir yang dilafazkannya sebelum meninggal dunia semasa menyampaikan Kuliah Subuh pagi tadi adalah 

وَبَرَزُوا لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ 

Maksudnya: “…dan mereka semuanya (di padang Mahsyar) berkumpul menghadap ke hadrat Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. [Surah Ibrahim: 48].

“Saya amat terkejut dengan pemergian sahabat lama saya, Ustaz Dr. Soberi Awang pada Subuh hari ini (semalam).

“Dengan bentuk kematian yang berlaku, saya dengan sangkaan baik yang tinggi menganggap ia adalah petanda Almarhum meninggal dunia dalam husnul khatimah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Zulkifli yang juga mantan Mufti Wilayah Persekutuan berkata, beliau mula mengenali Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Isma (MUIS) itu sejak tahun 1980an ketika melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di Damsyik.

“Kami mengenali beliau sebagai anak muda yang sentiasa bersemangat dalam dakwah, dan mempunyai tahap keilmuan yang tinggi.

“Hubungan kami bertambah rapat apabila beliau menjadi pensyarah di kolej UNITI, Pasir Panjang, Port Dickson, bersama-sama saya,” katanya. 

Soberi jelasnya, berhempas pulas memperjuangkan penubuhan program Diploma Pengajian Islam bagi Kolej UNITI.

“Masih jelas di ingatan, usaha saya bersama-sama beliau dan juga al-Fadhil Ustaz Muhammad Nafis bin Berhan berhempas pulas memperjuangkan penubuhan program Diploma Pengajian Islam bagi Kolej UNITI. Alhamdulillah, ia kekal sehingga ke hari ini.

“Persahabatan kami diteruskan lagi apabila kami berdua berpindah dan meneruskan kerjaya di USIM. Beliau kekal di sana dan saya meletakkan jawatan untuk berkhidmat sebagai Mufti Wilayah Persekutuan,” katanya.

Zulkifli menerusi hantaran sama turut memaklumkan, beliau sempat menziarahi jenazah Allahyarham di Hospital Shah Alam.

Dr Zulkifli Al Bakri (duduk, tengah) sempat menziarahi jenazah Allahyarham di Hospital Shah Alam - gambar Facebook
Dr Zulkifli Al Bakri (duduk, tengah) sempat menziarahi jenazah Allahyarham di Hospital Shah Alam - gambar Facebook

“Saya menjadi saksi bahawa beliau adalah seorang yang gigih dalam usaha dakwah kepada masyarakat serta amat mendalam ilmunya khususnya ekonomi Islam. Sesungguhnya, kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita kembali. 

“Atas nama persahabatan yang dibina sekian lama, maka saya mengambil keputusan menziarahi keluarga beliau dan jenazah almarhum di Hospital Shah Alam sebentar tadi.

“Mewakili Ahli Lembaga Pengarah Universiti dan seluruh warga USIM, saya menzahirkan ucapan takziah dan  berdoa kepada Allah, semoga Allah menempatkannya bersama dengan para anbiya’, siddiqin, syuhada’ dan solihin,” katanya.

Soberi sebelum meninggal dunia sempat menyampaikan kuliah Subuh di Surau Al-Ittihadiyyah, Seksyen 9, Shah Alam.

Beliau dilaporkan rebah pada jam 7.55 pagi, semalam. - Getaran, 31 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 tahun yang lalu

Gema Getaran Ep. 13

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Keberanian Ain Husniza Beri Impak Besar - Dr Zul

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini