web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Cakna Isu Semasa, Mydin Malaysia, Lotus’s Malaysia ‘Bersaing Pikat Pengundi’ 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2023 8:08PM

Mydin Malaysia bijak mencuri perhatian dalam kehangatan PRN semalam - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUIMPUR - Dalam bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang jelas terasa semalam, pasar raya besar Mydin tampil mencuit hati netizen apabila memuat naik hantaran santai tapi sarat dengan makna. 

Memuat naik foto menyamai kertas undi, Mydin ‘secara halus’ mengajak orang ramai membuat keputusan bijak dengan menjadikan pasar raya itu sebagai pilihan. 

Menggunakan akaun rasmi @MydinMalaysia, mereka cekap mengambil kesempatan atas keghairahan orang ramai mengikuti secara langsung perkembangan terkini PRN. 

Jelas terhibur dengan hantaran tersebut, netizen pantas membalas, malah ada juga yang menyarankan agar pasar raya lain turut disenaraikan untuk ‘bertanding’. 

Sufian Jamil di akaun @Sufiannii pula misalnya memberitahu, dia memilih pasar raya Zemart sebagai rakyat Negeri Sembilan. 

“Sebagai warga Negeri Sembilan, saya memilih Zemart,” katanya. 

Seperti dijangka, hantaran Mydin itu berhasil mencuri perhatian pesaing terdekat mereka, Lotus’ Malaysia. 

Menerusi ciapan balas, Lotus’s memuat naik GIF menggunakan kapsyen yang amat mencuit hati. 

“Apa-apa pun selamat mengundi untuk admin @MydinMalaysia dan semua negeri yang terlibat ya (jangan balas-balas..tak tido kita nanti),” katanya. 

Enggan mengaku kalah, Lotus’s menerusi hantaran berbeza memuat naik pula foto sama digunakan Mydin yang sudah diedit. 

“Pikir betul-betul, baru pangkah. Kalau jadi macam contoh di bawah ni...jadi undi rosak dan tak akan dikira,” katanya. 

Kedua-dua hantaran berkenaan membuktikan bahawa kecanggihan media sosial jika digunakan secara tepat, boleh menjadi medium yang amat berinformasi dan menghiburkan. 

Kudos kepada pasukan media sosial kedua-dua jenama berkenaan kena bijak mengambil kesempatan atas kehangatan dan cakna pula dengan isu semasa. - Getaran, 13 Ogos 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Ada Diskaun Istimewa Untuk Penjual Menu Rahmah’ - Mydin

2

Politik 1 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

3

Politik 1 tahun yang lalu

Keputusan, Penyata Pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu Sudah Diwartakan - SPR

4

Politik 1 tahun yang lalu

Sabar, Istiqamah Jalankan Tugas Sementara Tunggu 'Post Mortem' PRN - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka