web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis P.Pinang Panggil Beberapa Saksi Bantu Siasatan Tawaran Vaksin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 May 2021 11:07AM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang akan merekodkan keterangan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung individu kononnya menawarkan sumbangan vaksin COVID-19 keluaran Sinovac untuk negeri itu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata setakat ini pihaknya menerima enam laporan polis daripada beberapa individu mewakili parti politik termasuk daripada pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Pada 19 Mei lepas, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang telah menerima laporan polis berhubung kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang menyatakan tentang sumbangan vaksin kepada Ketua Menteri Pulau Pinang adalah satu penipuan.

“Ekoran daripada laporan polis tersebut satu siasatan telah dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang  di bawah Seksyen 420 dan 511 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan masih di peringkat awal dan beberapa tindakan perlu diambil antaranya merakam percakapan saksi-saksi daripada pihak syarikat yang berkaitan, pejabat Program Imunisasi COVID- 19 Kebangsaan dan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Katanya, siasatan awal mendapati penulis surat yang menawarkan 2 juta dos vaksin jenis Sinovac hanyalah wakil kepada syarikat Xintai Development Enterprise Ltd yang dilantik secara lisan dan bukannya pengarah urusan syarikat itu sepertimana yang dinyatakan dalam surat berkenaan.

Sahabudin berkata pihaknya akan menghubungi syarikat yang terlibat untuk mengesahkan status pendaftaran syarikat berkenaan dan peranan penulis surat tersebut.

“Modus operandi kes ini adalah individu yang merupakan wakil syarikat Xintai Development Enterprise Ltd dipercayai cuba untuk menipu kerajaan negeri Pulau Pinang dengan menawarkan 2 juta dos vaksin jenis Sinovac yang dipercayai tidak wujud,” katanya.

Menurutnya, penulis surat itu juga mengesahkan bahawa tandatangan pada surat yang dihantar ke Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang adalah miliknya.

“Polis sedang menjalankan siasatan dan melengkapkan kertas siasatan kes itu sebelum menghantarnya ke pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang untuk nasihat dan pandangan setelah semua tindakan siasatan selesai diambil,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kehadiran Ibu Zayn Rayyan Di Lokasi Mayat Ditemui Sebahagian Daripada Siasatan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

KPT Mahu Siasatan Terperinci Kebakaran Asrama UniMAP

3

Semasa 6 bulan yang lalu

SPRM Mula Siasatan FAM, Ambil Fail Tertentu

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Kes Stoking Kalimah Allah Dalam Siasatan, 42 Laporan Polis Diterima Seluruh Negara

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia