web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sanusi Pegang 8 Portfolio Di Kedah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2023 2:17PM

Bekas Naib Canselor UUM, Dr. Haim Hilman Abdullah mengangkat sumpah sebagai Exco Kedah di Istana Anak Bukit, pagi tadi. - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor kini memegang lapan portfolio sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri berbanding tujuh penggal lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu bertanggungjawab terhadap portfolio Perancangan Negeri, Hasil Bumi, Kewangan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Kerjasama Luar, Pembangunan Kedah 2035 serta Hal Ehwal Tanah, Mineral dan Geosains.

Hanya tiga Exco dari penggal lalu dikekalkan iaitu ADUN Bukit Kayu Hitam, Halimaton Shaadiah Saad yang diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Perpaduan, Keluarga dan Masyarakat.

ADUN Kuala Nerang, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar serta ADUN Merbau Pulas, Datuk Siti Ashah Ghazali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan.

Dari segi komposisi pembahagian kerusi ahli MMK mengikut parti pula, PAS mendominasi dengan memiliki tujuh ahli MMK termasuk Menteri Besar diikuti tiga Exco BERSATU serta seorang exco dari Gerakan.

Majlis Angkat Sumpah kesemua Exco tersebut berlangsung kira-kira pukul 10 pagi tadi di Balai Menghadap Besar, Istana Anak Bukit dekat sini.

Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, berkenan bergambar bersama-sama Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan barisan EXCO baharu Kerajaan Kedah. - gambar Rafisqi Radhi
Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, berkenan bergambar bersama-sama Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan barisan EXCO baharu Kerajaan Kedah. - gambar Rafisqi Radhi

Bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains serta Teknologi dan Inovasi.

Bekas Kapten Bola Sepak Kedah, Muhammad Radhi Mat Din turut diberi peranan sebagai Exco Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup serta Belia dan Sukan.

Ketua Penerangan PAS Kedah yang juga ADUN Sungai Limau diangkat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan manakala ADUN Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria dilantik Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan.

Dalam pada itu ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab. Ghani diberi peranan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan manakala ADUN Kubang Rotan, Datuk Salleh Saidin yang merupakan seorang usahawan, diberi amanah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan.

Satu-satunya wakil rakyat Gerakan di negara ini, Wong Chia Zhen yang merupakan ADUN Kulim, diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India dan Siam serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). - Getaran, 21 Ogos 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka