web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


HPKK UKM, Hospital Cyberjaya Bakal Dijadikan Hospital COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2021 1:25PM

Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia. - Gambar dari Facebook Dr Noor Hisham

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan sedang menimbangkan kemungkinan untuk menggunakan Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM) dan Hospital Cyberjaya sebagai hospital COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, cadangan itu dibincangkan dalam mesyuarat antara Kementerian Kesihatan dan UKM.

“Sebagai langkah menangani peningkatan mendadak kes COVID-19 kategori 4 dan 5 yang memerlukan katil rawatan kritikal / ICU, pihak pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan dan Universiti Kebangsaan Malaysia telah bertemu untuk membincangkan cadangan penggunaan Hospital Pakar Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM) sebagai Hospital COVID-19,” ujarnya.

Memetik kenyataan di laman Facebooknya, Dr Noor Hisham turut menjelaskan, Malaysia mengalami peningkatan kemasukan sebanyak 60 peratus ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara berbanding dua minggu lalu.

“Lembah Klang mencatat peningkatan lebih tinggi iaitu 94 peratus berbanding tempoh yang sama.

“Kadar penggunaan katil ICU di hospital-hospital di Lembah Klang kini adalah melebihi 100 peratus,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham berkata, HPKK UKM yang terletak di sebelah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, mempunyai kapasiti 243 katil, termasuk 28 katil berukuran dewasa yang berpotensi digunakan untuk merawat pesakit COVID-19, terutama yang mengalami gejala serius.

“Di bawah Seksyen 3 dan Seksyen 4 Ordinan Darurat 2021, kementerian dapat melaksanakan pemilikan sementara bangunan dan permintaan penggunaan sumber (termasuk sumber manusia) hospital pengajar dan swasta bagi maksud menangani wabak COVID-19 ini,” ujarnya lagi.

Sementara itu, selain HPKK UKM, difahamkan, kementerian juga sedang meneliti kemungkinan mengubah Hospital Cyberjaya menjadi hospital COVID-19.

Selain memaksimumkan kapasiti hospital kerajaan, KKM juga bakal melibatkan hospital swasta untuk merawat pesakit COVID-19.

Dalam surat bertarikh 20 Mei kepada hospital swasta, Dr Noor Hisham memberitahu, kementerian memerlukan kerjasama hospital swasta berikutan peningkatan jumlah pesakit COVID-19. - Getaran, 23 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Berhati-Hati Dengan Analisa Fakta, Salah Tafsir Vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia