web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hanya 2 Jam Dibenarkan Berada Dalam Premis Peruncitan, Pusat Beli-Belah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 May 2021 2:57PM

Alexander Nanta Linggi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tempoh pelanggan boleh berada di dalam semua premis peruncitan termasuk pusat beli-belah dihadkan kepada maksimum dua jam, berkuat kuasa 25 Mei ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata itu antara prosedur operasi standard (SOP) yang dikemas kini bagi sektor perdagangan pengedaran termasuk peruncitan, pemborongan dan pengedaran, susulan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang lebih ketat semalam.

Turut dikemas kini ialah waktu operasi sektor perdagangan pengedaran termasuk semua  premis peruncitan, pemborongan, pengedaran dan restoran dihadkan dari 8 pagi hingga 8 malam.

“Bagi kedai farmasi dan penjagaan diri pula,  waktu operasi kekal dari 8 pagi hingga 10 malam kecuali yang tersenarai di bawah aktiviti yang tidak dibenarkan seperti spa, wellness dan perkhidmatan manicure dan pedicure,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nanta berkata penambahbaikan lain yang dilaksanakan ialah mewajibkan had jumlah pelanggan di dalam semua premis peruncitan termasuk kompleks beli-belah dalam satu-satu masa mengikut keluasan premis perniagaan dengan penetapan satu orang bagi setiap empat meter per persegi.

Had kapasiti pekerja bagi semua premis peruncitan, pemborongan, pengedaran dan kompleks beli-belah termasuk pengurusan, operasi dan sokongan pula ditetapkan sebanyak 60 peratus, katanya.

Bagi premis peruncitan yang tersenarai di bawah Sistem Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) yang masih berisiko tinggi selepas penilaian risiko dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM), ia akan ditutup serta-merta selama tiga hari bagi tujuan sanitasi, katanya.

“Penambahbaikan dan sekatan tambahan ini akan berkuat kuasa pada 25 Mei ini di seluruh negara,” kata Nanta yang memohon pemain industri di bawah sektor perdagangan pengedaran memastikan pematuhan SOP tersebut oleh pekerja dan pelanggan.

“Pemilik-pemilik premis perniagaan juga hendaklah sentiasa proaktif, peka dan memastikan pematuhan SOP sentiasa berada di tahap yang maksimum bagi memastikan keselamatan premis masing-masing dan orang ramai dapat terpelihara,” katanya.

Nanta berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menggerakkan 2,262 pegawai penguat kuasa di seluruh negara untuk memastikan pematuhan SOP yang diperketatkan itu di semua premis perniagaan peruncitan, pemborongan, restoran dan pengedaran.

“Penguat kuasa KPDNHEP juga akan bertindak memperhebat pemeriksaan premis-premis perniagaan termasuk pada hujung minggu dan hari cuti,” katanya.

Beliau menegaskan KPDNHEP sebagai antara agensi yang diperturunkan kuasa bagi menguatkuasakan PKP di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988  tidak akan berkompromi dalam mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan kompaun.

“Kementerian juga tidak teragak-agak untuk mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara untuk menutup serta-merta mana-mana premis yang didapati tidak mematuhi SOP PKP yang diperketatkan ini,” katanya.

Nanta berkata kerjasama semua pihak pada masa ini adalah amat penting bagi memastikan penularan COVID-19 dapat diatasi segera di samping dapat mengekalkan kelangsungan ekonomi negara.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui e-mel kepada spip@kpdnhep.gov.my. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

3

Politik 1 tahun yang lalu

SOP Hari Pengundian: KKM Umum Selewatnya 2 Hari Sebelum Mengundi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tidak Lagi Wajib Pakai Pelitup Muka Dalam Pengangkutan Awam, Fasiliti Kesihatan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia