web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tuduhan ‘Mak Teh’ Palsu, Kesalahan Di Sisi Undang-Undang - KKM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2021 5:49PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan kononnya vaksin COVID-19 adalah racun, hingga mengakibatkan 40 jururawat meninggal dunia selepas disuntik, seperti yang tular di media sosial.

Kementerian berkenaan dalam satu hantaran di Facebook berkata, dakwaan yang dibuat menerusi rakaman audio berdurasi lebih dua minit itu adalah tidak benar sama sekali.

“Orang ramai diminta menasihatkan anggota keluarga masing-masing agar tidak sewenang-wenangnya berkongsi atau mempercayai maklumat seumpama itu.

“Adalah menjadi satu kesalahan dari segi undang-undang membuat kenyataan yang tidak benar dan menimbulkan kegelisahan awam,” katanya kementerian itu hari ini.

Baru-baru ini, satu rakaman audio seorang wanita, dikenali sebagai Mak Teh tular di media sosial apabila membuat kenyataan meragukan mengenai suntikan vaksin COVID-19.

Wanita berkenaan mendakwa, vaksin diberikan kerajaan itu mengandungi racun yang berisiko menyebabkan kematian, malah sudah meragut nyawa 40 jururawat.

Dia turut mendakwa, pesakit COVID-19 hanya boleh disembuhkan dengan meminum air kelapa.

Penyebaran rakaman audio berkenaan turut mendapat perhatian mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan ia sebagai berita palsu untuk menakutkan orang ramai. - Getaran, 23 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia