web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Ini Hadiah Terbesar Dalam Hidup, Terasa Seolah-Olah Kathanak Dilahirkan Semula’ - Sayan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2023 4:33PM

Saifuddin ketika menyampaikan sijil kewarganegaraan Khathanak. – gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

POKOK SENA - “Terasa seolah-olah anak saya dilahirkan semula.”

Dalam nada sebak, perkataan itu terpacul dari mulut Sayan Prak Sat, 46, ketika ditemui media selepas penantian untuk anak sulungnya, Khathanak, 19, disahkan sebagai warganegara Malaysia berakhir hari ini.

Sayan yang merupakan anak jati Kedah berasal dari Kampung Lubok Sengkuang, Changlun itu memberitahu, beliau amat berterima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana meluluskan permohonan anaknya setelah terlalu lama menanti.

Katanya, kelulusan itu merupakan hadiah terbesar diterima keluarganya menjelang sambutan Hari Kebangsaan, tidak lama lagi.

"Apabila mendapat panggilan telefon mengenai kelulusan permohonan itu, saya hanya mampu menangis dan termenung seketika. Orang pertama yang saya maklumkan mengenainya adalah ibu saya, Nusawang Akklai, 65 yang turut menitiskan air mata.

"Selepas itu, barulah saya memanggil Khatanak dan bercakap dengannya. Saya juga tidak benarkan Khatanak keluar ke mana-mana kerana bimbang jika dia terlalu seronok hingga berlaku pula kejadian tidak diingini," katanya di sini hari ini.

Getaran sebelum ini melaporkan mengenai kisah hidup Khatanak yang berdepan pelbagai kesukaran.

Penantian Khatanak untuk bergelar warga Malaysia berakhir apabila beliau menerima sijil kewarganegaraannya hari ini. – gambar Rafisqi Radhi
Penantian Khatanak untuk bergelar warga Malaysia berakhir apabila beliau menerima sijil kewarganegaraannya hari ini. – gambar Rafisqi Radhi

Gara-gara tidak memiliki Mykad, remaja itu juga hanya dibenarkan bersekolah sehingga darjah enam dan dia juga sukar mendapatkan pekerjaan.

Masalah menimpa Khathanak diakui Sayan berpunca dari kekhilafannya sendiri, yang lewat mendaftarkan perkahwinannya dengan wanita warganegara Thailand, Sawitree Darasawang pada 2003 hingga menyebabkan anak sulungnya itu tidak diiktiraf sebagai warganegara walaupun lahir di Hospital Jitra pada 2004.

Dua lagi adik Khathanak bagaimanapun tidak berdepan masalah sama kerana mereka lahir pada 2009 serta 2018, iaitu beberapa tahun setelah ibu bapanya mendaftarkan perkahwinan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 2006.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melayani telatah seorang daripada adik Khatanak selepas menyerahkan surat kelulusan permohonan kewarganegaraan remaja itu, hari ini. – gambar Rafisqi Radhi
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melayani telatah seorang daripada adik Khatanak selepas menyerahkan surat kelulusan permohonan kewarganegaraan remaja itu, hari ini. – gambar Rafisqi Radhi

Mengulas lanjut Sayan berkata, beliau selepas ini akan menuruti kehendak Kathanak dalam menentukan masa depan anaknya itu.

"Kalau dia mahu sambung belajar, saya nak bagi dia belajar semula. Kalau tak mahu, saya nak cari pekerjaan untuknya dalam bidang kemahiran dan setakat ini ada kawan-kawan yang sudah menyatakan kesediaan membantu," katanya.

Dalam pada itu Khathanak ketika ditemui memaklumkan, dia berhasrat untuk menyambung pelajaran yang tertangguh sebelum ini sebelum mencari pekerjaan lebih baik.

"Saya betul-betul gembira dengan kelulusan ini dan menangis beberapa kali kerana terlalu lama menunggu. Selama ini saya hanya mampu melakukan kerja kampung dengan ayah tetapi kini saya berpeluang memiliki masa depan lebih cerah," katanya.  -Getaran 26 Ogos 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini