web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cari Pengisian, Makna Sebenar Merdeka Atas Diri Sendiri Cabaran Utama - Mujahid

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2023 8:36AM

Dr Mujahid Yusof Rawa - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cabaran utama dalam menyambut Hari Kemerdekaan adalah mencari pengisian dan makna sebenar merdeka, khususnya ke atas diri sendiri dan bangsa.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, ia harus bermula dengan membebaskan diri dari belenggu ketidakpercayaan dan memerdekakan diri dari kehinaan.

Menurut beliau, sejarah mana-mana bangsa bermula dengan kemerdekaan kerana ia memberi harga diri kepada kelompok itu untuk menentukan masa depan dan merintis jalan kepada generasi penerus. 

“Laungan Merdeka adalah laungan keramat, kita bangga melaungkannya kerana perasaan kita terangsang ke arah kebebasan bila kita mendengar ‘merdeka’.

“Islam hadir untuk memerdekakan manusia dan mendidik jiwa manusia menjadi bebas dari kongkongan hawa nafsu dan menjadi hamba kepada penzalim serta penindas,” katanya.

Sejarah mana-mana bangsa bermula dengan kemerdekaan - gambar fail
Sejarah mana-mana bangsa bermula dengan kemerdekaan - gambar fail

Jelas Pengerusi Nadwah Ulamak (NUNJI) itu, Islam membebaskan manusia daripada menjadi mangsa kepada pemfitnah yang melakukan fasad di atas muka bumi. 

“Istilah  فك رقبة  fak al raqabah (membantu bebaskan peghambaan) perlu difahami secara maknawi iaitu hamba bukan sahaja kepada manusia (abdun mamluk) tetapi juga hamba kepada hawa nafsu, hamba kepada akhlak keji dan hamba kepada kesusahan hidup. 

“Maka meleraikan (fak) mereka ini dan membantu mereka ini adalah usaha memerdekakan manusia dari pasungan diri sendiri dari kehinaan diri,” katanya.

Meskipun tidak memberikan sebarang contoh, kenyataan Mujahid itu dipercayai merujuk kepada perkembangan kes saman fitnah baru-baru ini, yang difailkan terhadap bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS, Ahmad Dusuki Abd Rani.

Ahmad Dusuki Abd Rani dilabel sebagai 'Fitnah Creator of The Year - gambar Facebook
Ahmad Dusuki Abd Rani dilabel sebagai 'Fitnah Creator of The Year - gambar Facebook

Ahmad Dusuki pada Isnin lalu menarik balik rayuan di Mahkamah Rayuan serta diperintahkan membayar kos RM5,000.

Mengulas lanjut, Mujahid yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak berkata, usaha memerdekakan manusia dari pasungan diri sendiri itu adalah cabaran getir, umpama mendaki jalan berbukit tinggi.

“Negara kita diuji dengan fenomena fitnah pada saat kita menyambut kemerdekaan. 

“Fitnah ini perbuatan keji kerana ada unsur pembohongan dan pemalsuan yang Syariat Islam melarangnya iaitu Qaul al Zur dan Shahadah al Zur,” katanya.

Tegas beliau, negara harus dimerdekakan dari gelombang fitnah dan semua mangsa fitnah yang dibutakan mata serta hati daripada mendengar fakta atau kebenaran perlu diselamatkan.

“Inilah cabarannya hari ini dalam kita melaksanakan amanah kemerdekaan ini. 

“Jalan ke arah perpaduan dan kestabilan umpama jalan mendaki bukit yang tinggi tetapi hasilnya berbaloi kerana bantu memerdekakan rakyat yang menjadi hamba pemfitnah adalah pengisian kemerdekaan sebenar, justeru memerdekakan adalah praktik kepada laungan keramat merdeka,” katanya. - Getaran, 1 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Sekali Lagi Difitnah Ada Kaitan Dengan Raja Dadah India, Abdul Malik Buat Laporan Polis

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Fitnah Menteri Pendidikan

4

Politik 6 bulan yang lalu

Falasi Hadi Awang Memudaratkan Negara, Beri Imej Buruk Pada Sistem Kehakiman - Mujahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah