KUALA LUMPUR – Hanya sekadar satu jenaka.
Itu tanggapan sejumlah besar rakyat kepada Malaysia Airlines Berhad (MAB) ketika ini, susulan kemelut yang melingkari syarikat penerbangan utama negara itu.
Terjebak dengan konflik bersama pembekal katering, Brahim’s Food Services (BFS) sejak awal bulan lalu, MAB berdegil tidak mahu menerima tawaran penjualan baki 70 peratus milik Brahim’s.
Mungkin pada MAB, mereka mahu menjaga reputasi dan ego tapi yang nyata, kedegilan itu memberi natijah kepada penumpang.
Sejak beberapa hari lalu, media sosial sama ada TikTok atau X dibanjiri video yang memaparkan kualiti makanan disediakan syarikat penerbangan tersebut.
Menjunam ke laut, itu penilaian diberikan mereka kepada juadah percuma disediakan, jauh berbeza dengan hidangan ditawarkan sewaktu MAB berada di puncak kegemilangan.
“Moklu dia naik Malaysia Airlines, service budget airlines. Nice MAS nice,” kata @si.writter di TikTok.
@si.writter Moklu dia naik Malaysia Airlines, service budget Airlines.. nice MAS, nice! ?#malaysiaairlines #fypmalaysia #malaysia #fyp #foryoupage #mas #meal #inflight ♬ Funny - Gold-Tiger
Hantaran terbabit menerima ratusan komen balas, dengan majoriti menggesa MAB menggunakan kembali khidmat disediakan Brahim’s.
Noura di akaun @nouras779 berkata, penumpang mahukan hidangan yang sempurna, bukan sekadar makanan ringan tidak berkualiti.
“Please bring back Brahim’s Catering. We want proper meals. Not like this. We paid our seat on this flight (Tolong kembalikan semula Brahim’s Catering. Kami mahukan makanan yang sempurna. Bukan seperti ini. Kami bayar untuk menaiki penerbangan),” katanya.
Adam di @malekuwl pula berkata, hidangan disediakan itu tak ubah seperti goodies yang disediakan untuk tetamu di majlis perkahwinan.
“Macam goodies beg rumah (kenduri) kahwin,” katanya.
Seorang lagi pengguna TikTok turut memuat naik video hampir sama, memaparkan kualiti makanan disediakan MAB ketika ini.
@fd_dakdebab Dulu klu naik MAS sanggup lapa sbb nk mkn dlm flight. Skrg korg kene fikir byk kali la klu nk berlapar... #malaysiaairlines #inflightmeal #review #brahim #mas #meal #fyp #foryoupage ♬ original sound - ? Lirik Pendek ✅
Menggunakan akaun @fd_dakdebab, dia yang menaiki penerbangan ke Kota Kinabalu, Sabah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) meluahkan rasa rindu untuk menikmati juadah disediakan syarikat terbabit satu ketika dahulu.
“Dulu kalau naik MAS sanggup lapar sebab nak makan dalam flight. Sekarang korang kena fikir banyak kali la kalau nak berlapar,” katanya.
Video berkenaan memaparkan bagaimana penumpang hanya dibekalkan dengan sebotol kecil air minuman, sebiji epal, sekeping kek dan sebungkus roti untuk penerbangan yang mengambil masa dua jam 40 minit.
Yogogurt yang menaiki pesawat ke Labuan dari KLIA pula memberitahu, penerbangannya tergendala selama satu jam, dan penumpang juga hanya diberikan sebuah kotak mengandungi makanan ringan sebaik menaiki pesawat.
@yogogurtt MAS flight delay… plus quite dissapointed with the pre-packed food, i prefer to have freshly prepared inflight meals. @Malaysia Airlines #malaysiaairlines #flightdelay #inflightmeal #brahimfoodpack ♬ suara asli - Kenza Trona
“So this is what we get for our two hour flight? (jadi ini apa yang kami dapat untuk penerbangan selama dua jam?)” katanya.
Sementara itu di X, MAB disifatkan sebagai degil tidak bertempat.
Naratif Rakyat melalui satu ciapan berkata, MAB sedari dulu menggunakan khidmat syarikat Brahim’s sebagai pembekal makanan bagi penerbangan mereka sejak pembelian 70 peratus saham MAS Catering pada 2003.
Ini namanya degil tak bertempat & over-confident.
— Naratif Rakyat ?? (@NaratifRakyat) September 3, 2023
Malaysia Airlines (MAS) telah lama menggunakan khidmat syarikat Brahim's sbg pembekal makanan bagi penerbangan mereka sejak Brahim's beli 70% saham MAS Catering pada 2003.
MAS masih milik baki saham 30% dalam MAS Catering. pic.twitter.com/7ZPzwWQ8ad
“MAB masih miliki baki saham 30 peratus dalam MAS Catering. Namun MAB telah tamatkan perkhidmatan Brahim’s pada 31 Ogos 2023 dan berharap untuk membina servis makanan sendiri dalam masa terdekat. Akibat pembatalan ini, sekitar 20 peratus daripada penerbangan MAS telah terlewat sebab bekalan makanan tidak teratur.
“Maka seluruh industri penerbangan pun ketawakan MAB tapi penumpang dan penyokong MAB hanya boleh facepalm. Ketika kontrak mereka dibatalkan, Brahim yang masih bekalkan 35 syarikat penerbangan telah tawarkan untuk jual semula 70 peratus saham dalam MAS Catering untuk RM130 juta tapi MAB enggan beli,” katanya. - Getaran, 10 September