web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kembara Kenali Borneo Suburkan Semangat Perpaduan - Abang Johari

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2023 8:37AM

Yang di-Pertuan Agong berkenan membuat lawatan ke Pasar Sentral Sibu sempena Kembara Kenali Borneo

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata usaha Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah  Maimunah Iskandariah mendekati rakyat dalam Kembara Kenali Borneo telah menyuburkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. 

“Sesungguhnya keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua untuk menjayakan kembara merentasi Pulau Borneo ini menzahirkan contoh bahawa perpaduan sesama insan seharusnya tidak dihadkan oleh perbezaan agama, budaya atau bangsa,” kata beliau dalam ucapannya pada Majlis Santapan Penutupan Kembara Kenali Borneo di sini awal pagi tadi. 

Majlis santapan itu turut dihadiri Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof 

Menurut Abang Johari pasangan diraja itu juga berkenan mencemar duli menyertai pelbagai aktiviti budaya yang dianjurkan rakyat bagi menyerikan sambutan ketibaan kembara itu.

Kembara Kenali Borneo ini akan berakhir hari ini di Telok Melano, di selatan Sarawak selepas memulakan penjelajahan dari Tawau, Sabah pada 3 Sept lepas.

Kembara yang diadakan buat julung kali bagi merealisasikan impian Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah untuk mendekati rakyat Sabah dan Sarawak, telah menamatkan perjalanan di Sabah pada 7 Sept lepas sebelum memasuki Sarawak menerusi Brunei. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 12 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini