web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Mahu Pihak Berkuasa Agama Negeri Banyakkan Program Kesedaran Pengambilan Vaksin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 5:13PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan supaya pihak berkuasa agama negeri memainkan peranan dengan membanyakkan program-program kesedaran berhubung kepentingan pengambilan vaksin COVID-19 kepada masyarakat.

Perdana Menteri menegaskan usaha mempromosi pengambilan imunisasi tidak seharusnya terhad kepada kerajaan Persekutuan dan negeri sahaja, memandangkan masih ramai dalam kalangan masyarakat umum tidak mendapat maklumat tepat mengenai keperluan mengambil vaksin.

“Saya berharap masyarakat mendapat penjelasan sejelas-jelasnya bahawa keputusan kerajaan dalam isu vaksin berpandukan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI kali ke-10 yang bersidang pada 3 Disember 2020, bahawa hukum mengenai penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus, dan ia wajib diambil golongan ditetapkan pihak berkuasa,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.

Muhyiddin berkata perkara itu ditekankan beliau pada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) ke-68 pagi tadi, yang antara lain bagi menyokong program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang sedang berlangsung.

Mesyuarat yang diadakan secara persidangan video itu dihadiri ketua-ketua kerajaan negeri serta ahli-ahli lantikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Muhyiddin berkata keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI itu juga telah disembah maklum dan mendapat perkenan Majlis Raja-Raja pada 4 Januari lepas.

Perdana Menteri berkata beliau berharap pihak berkuasa agama menggunakan semua platform yang ada bagi menguar-uarkan mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan selain pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Katanya ini bagi mengelak peningkatan kes harian pandemik itu menjadi semakin tidak terkawal. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

3

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

4

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia