web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Status Atomy Perlu Kajian Menyeluruh - JAKIM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 9:14PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbincangan khusus bagi menentukan tindakan ke atas sebuah syarikat yang didakwa menyumbang kepada gerakan anti-Islam sudah dilaksanakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) baru-baru ini.

Dalam satu hantaran di Facebook, JAKIM memberitahu, kajian lanjut secara menyeluruh perlu dilakukan ke atas syarikat dikenali sebagai Atomy itu kerana ia membabitkan kepentingan pelbagai pihak.

Ia susulan gesaan seorang guru, Mohd Fadli Salleh yang meminta JAKIM memberikan penjelasan berhubung status sebenar Atomy, apabila syarikat terbabit didakwa terbabit dalam gerakan anti-Islam.

Mohd Fadli yang juga seorang selebriti media sosial berkata, penjelasan menyeluruh mengenai status Atomy adalah perlu bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan orang ramai.

Menurut JAKIM, Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) Kali Ke-118  yang bersidang pada 16 hingga 17 Februari 2021 di Kompleks Islam Putrajaya telah membincangkan kertas “Pandangan Hukum Berkenaan Perniagaan Yang Menyumbang Kepada Gerakan Anti-Islam”.

“JAKIM ingin menegaskan bahawa sebarang bentuk kenyataan yang dibuat mengenai pihak lain perlu melalui beberapa peringkat penyelidikan dan kajian yang mendalam serta bukti-bukti yang kukuh,” kata jabatan berkenaan hari ini.

Jabatan tersebut menjelaskan, mereka akan sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak, mencakupi pakar dalam bidang muamalat, akidah dan agensi berkaitan serta Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sehubungan itu, semua pihak dinasihatkan agar mendapatkan maklumat yang tepat dari pihak yang berautoriti sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam,” kata jabatan itu lagi. - Getaran, 24 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

3

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Persembahan Untuk Maal Hijrah Berdasarkan Tafsir Ilmi Kejadian Langit Dan Bumi’ - JAKIM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia