web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Makan Malam Jadi Kenangan Terakhir, 3 Sekeluarga Maut Rumah Terbakar 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2023 4:08PM

Kebakaran rumah kedai yang meragut nyawa tiga sekeluarga - gambar JBPM Kedah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Suasana makan malam yang ceria semalam bakal menjadi kenangan indah terakhir buat sebuah keluarga, apabila tiga daripada mereka menemui ajal dalam keadaan yang cukup tragis. 

Kesemua mangsa, Yong Swee Lan, 92, Lee Chew Fong, 61 dan suaminya, Lim Yang Kooi, 66 maut dalam kebakaran rumah kedai di Jalan Sungai Emas, Kota Kuala Muda dekat sini, awal pagi tadi. 

Seorang daripada ahli keluarga, Linda Yee, 48, berkata, dia tidak menyangka akan kehilangan insan tersayang dalam keadaan yang cukup menyayat hati. 

Katanya, kesemua mangsa sebenarnya menetap di Taman Bertam, Pulau Pinang dan hanya tidur di situ bagi memudahkan urusan perniagaan hari ini.  

“Kesemua ahli keluarga saya itu mengusahakan perniagaan pakaian dan kelengkapan lain di sini.  

“Setiap Isnin, mereka memang akan tidur di kedai bagi memudahkan urusan membuka kedai kerana terdapat pasar pagi di kawasan berhampiran,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di lokasi kejadian. 

Jelas Linda, dia sama sekali tidak menyangka itu adalah pertemuan terakhir mereka. 

“Rupanya keceriaan malam tadi adalah yang terakhir buat kami,” katanya, sebak. 

Mayat mangsa diusung keluar dari lokasi kejadian - gambar JBPM Kedah
Mayat mangsa diusung keluar dari lokasi kejadian - gambar JBPM Kedah

Linda yang juga anggota pasukan bomba sukarela (PBS) berkata, dia menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 6 pagi tadi menerusi kumpulan 'WhatsApp'. 

 "Apabila melihat lokasi kejadian, saya mula merasa tak sedap hati dan terus bergerak ke sini. Setibanya di sini, rupa-rupanya memang betul kemalangan tersebut melibatkan ahli keluarga saya," katanya.  

Getaran diberitahu, insiden terbabit berlaku sekitar jam 1 pagi tadi, melibatkan sekurang-kurangnya lapan unit rumah kedai dua tingkat di Pekan Kota, Kuala Muda. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat  (JBPM) Kedah, Awang Hidzel Awang Bujang berkata, dua daripada mangsa ditemui rentung di tingkat atas manakala seorang lagi dijumpai dalam keadaan kira-kira 40 peratus terbakar di bawah tangga.  

Sementara itu seorang pemilik kedai yang turut terlibat, Azizah Jaafar, 70, tidak dapat menahan sebak apabila melihat premis perniagaan peninggalan arwah suaminya musnah.  

"Kedai ini dibeli arwah suami kira-kira 20 tahun lalu dan disewakan kepada peniaga kedai perabot dengan kadar RM400 sebulan.  

"Saya sebak apabila melihat harta peninggalan suami musnah dijilat api. Tiada apa yang boleh dilakukan kecuali menerima kejadian ini dengan reda," katanya. - Getaran 18 September 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka