web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KPDNHEP Akan Kemuka Permohonan Benarkan Makan Di Premis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2021 8:07AM

Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA BERANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengemukakan permohonan supaya aktiviti 'dine-in' atau makan dalam kawasan premis menjual makanan dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata permohonan itu akan dikemukakan kepada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat. 

Beliau berkata permohonan itu dibuat bagi membela kebajikan bukan sahaja pengusaha premis makanan dan peniaga trak makanan, malah pekerja, pembekal dan pemborong bahan makanan serta sesiapa sahaja yang terlibat dalam industri makanan. 

“Bagi setiap satu premis yang dibenarkan ‘dine-in’, ia dapat membantu memulihkan ekonomi dan kehidupan sekurang-kurangnya lima individu yang terlibat dalam rantaian pembekal barangan dan bahan mentah,” katanya kepada pemberita selepas meninjau jualan kedai runcit bergerak ‘Prihatin Mart’ di Dataran Kampung Langgar, di sini hari ini. 

Beliau berkata rata-rata pemilik premis dan trak makanan yang mengadu nasib mereka kepada KPDNHEP berjanji akan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan MKN sekiranya aktiviti itu dibenarkan.   

Sementara itu, Rosol berkata KPDNHEP juga akan memohon supaya premis menjual pakaian dibenarkan beroperasi sepanjang PKP ini demi memastikan kelangsungan hidup peniaga dan pekerja terutama di musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut beberapa bulan lagi.  

“Kita tahu sekarang ini kita dalam dilema antara ekonomi dan kesihatan. Lagipun kluster baharu banyak berlaku di kawasan tapak pembinaan, kawasan-kawasan perniagaan seperti restoran dan kedai makan, pasar malam dan premis jual pakaian tiada lagi kluster jadi kita harap MKN dapat pertimbangkan.

“Ini rintihan rakyat dari akar umbi yang terkesan dengan COVID-19,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka