web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kisah Sos Cili McD, Rupanya Ada 'Plot Twist'!

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2023 9:22AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rupa-rupanya ada ‘kisah’ di sebalik ‘tragedi’ 10 paket sos cili McDonald's yang berlaku baru-baru ini.

Selepas tular gara-gara dikenakan bayaran untuk 10 paket sos cili, individu yang terbabit dalam kejadian itu mula menjadi perhatian ramai.

Barangkali curiga atau mungkin juga didorong oleh rasa ingin tahu, warga maya mula menjalankan ‘siasatan’ dan hasilnya, kebenaran berjaya diperoleh.

Pempengaruh X, Syed Akramin yang lebih dikenali menerusi handle @Roman Akramovich mendedahkan, insiden terbabit sebenarnya berlaku atas sikap individu itu sendiri.

“Selepas McD periksa CCTV dan buat laporan polis, baru dia mengaku memang dia tengking staff McD. Dia juga mengaku dia yang paksa staff McD untuk jual sos kepadanya. 

“Kenapa pada mula tak beritahu hal sebenarnya? Bila sudah terbelit dengan fitnah sendiri, baru nak gunakan akal,” katanya menerusi ciapan.

Beliau mengulang siar satu ciapan lain, yang memetik punca sebenar kejadian itu.

“McD beri sos cili percuma, tapi dia pula yang paksa staff McD untuk jual sos cili tersebut. Semua demi konten. Kemudian post cerita bohong.

“McD telah buat laporan polis atas insiden tersebut. Padan muka,” katanya lagi.

Tinjauan Getaran mendapati, ciapan awal itu memuat naik tangkap layar penjelasan diberikan individu terlibat,  dikenali sebagai Saiful Adly Abd Wahab.

Berdasarkan keterangan, ia dikatakan bermula apabila anak lelaki itu mahu mendapatkan tambahan sos cili sebelum berlaku sedikit salah faham antara kanak-kanak terbabit dan petugas di kaunter.

Sementara itu di TikTok, satu video dimuat naik mendedahkan, Saiful Adly ialah calon BERSATU untuk Dewab Undangan Negeri (DUN) Gemencheh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

@cekdyenr

Ini namanya, viral makan tuan.. Sos Cili McD dia paksa beli, Kerajaan Perpaduan disalahkannya..

♬ original sound - Cekdy.ENR

Pendedahan itu sekali gus membongkar ‘niat’ sebenar beliau memviralkan isu berkenaan, apabila   turut mengaitkan krisis bekalan beras dan menghentam kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap McDonald’s Malaysia memaklumkan, syarikat berkenaan telah membuat laporan polis demi menjaga keselamatan petugas mereka, susulan tindakan agresif pelanggan terbabit.

Semakan melalui kamera litar tertutup (CCTV) juga katanya, berjaya mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Kami amat kesal dengan tindakan pelanggan itu yang bukan sahaja bertindak agresif terhadap petugas, tetapi turut menyebarkan info palsu sehingga menjejaskan nama baik restoran.

“Kami ingin tegaskan bahawa tiada sebarang caj tambahan dikenakan untuk setiap paket sos cili tambahan yang diminta pelanggan,” katanya. - Getaran, 27 September 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 12 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'