web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wanita Orang Asli Terima Enjin Bot, Hargai Kurniaan Sultan Johor

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2023 8:35PM

Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan enjin bot 15 kuasa kuda kepada Lad Bachik (dua dari kiri), sambil disaksikan anaknya, Michael Chelvaraj (kiri). gambar Royal Press Office

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hidup seorang wanita Orang Asli bakal berubah, selepas menerima kurniaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Kurniaan dalam bentuk enjin bot 15 kuasa kuda itu diserahkan baginda sendiri kepada Lad Bachik, 70, dari Kampung Orang Asli Kuala Masai, Johor Bahru.

Menurut Royal Press Office, baginda berkenan menyampaikan sumbangan itu bagi memudahkan usaha wanita warga emas itu mencari rezeki buat keluarganya.

Getaran difahamkan, wanita warga emas itu sebelum ini cekal mendayung perahu untuk mencari hasil laut bagi menyara keluarganya.

Turut hadir pada penyerahan itu ialah anak Lad, Michael Chelvaraj, 31 tahun.

Michael ketika ditemui berkata, mereka sekeluarga amat menghargai kurniaan itu.

“Sesungguhnya kurniaan ini besar maknanya kepada kami mencari rezeki di laut.

“Selama hampir lapan tahun, saya dan ibu silih berganti mendayung bot. Walaupun sudah berusia, namun ibu masih kuat ke laut mencari hasil bersama saya,” katanya. - Getaran, 28 September 2023

Berita Berkaitan

1

Rencana 7 bulan yang lalu

Latihan Ketenteraan Bentuk Jati Diri, Kewibawaan Sultan Ibrahim Sebagai Ketua Utama Negara

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Sultan Ibrahim Rasmi Dimasyhur Yang Di-Pertuan Agong Ke-17 

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Ribuan Rakyat Johor Iringi Keberangkatan Sultan Ibrahim Ke Istana Negara

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Sultan Ibrahim Dijadual Angkat Sumpah Agong Ke-17 Hari Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 12 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan