web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Warga Emas Disamun, Dijerut Hingga Mati, 2 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2023 8:57AM

S. Kannan (gambar) ditemui dalam keadaan dijerut, manakala tangan dan kakinya turut diikat - gambar orang awam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KETIL - Dua lelaki ditahan susulan kematian seorang warga emas yang dijerut lehernya dalam keadaan kaki dan tangan turut diikat di Taman Desa Bidara, dekat sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Baling, Superitenden Shamsudin Mamat berkata, kedua-dua individu berkenaan ditahan kira-kira jam 3 pagi tadi di sekitar Kuala Ketil dan akan dibawa ke Mahkamah Sik pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman. 

Menurut beliau, polis terdahulu menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat lelaki berusia 71 tahun, dikenali sebagai S. Kannan, di rumahnya pada jam 3.21 petang semalam. 

"Difahamkan warga emas itu tinggal bersendirian selepas isterinya meninggal dunia kira-kira lapan tahun lalu. Mayat mangsa ditemukan di atas katil bilik utama rumah teres setingkat miliknya. 

"Tiada kesan pecah masuk ditemui namun pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di rumah jiran mangsa mendapati, terdapat dua lelaki menaiki motosikal Yamaha Y15 berwarna gelap yang keluar dari rumah tersebut kira-kira 3 petang," katanya. 

Mayat mangsa dibawa ke HSB untuk proses bedah siasat  - gambar orang awam
Mayat mangsa dibawa ke HSB untuk proses bedah siasat - gambar orang awam

Tambahnya, beberapa barangan turut hilang dari rumah mangsa iaitu seutas rantai emas, sebentuk cincin sering dipakai mangsa serta dompet milik warga emas berkenaan.

"Susulan itu, kami mengesyaki punca kejadian adalah samun. Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menjalani proses bedah siasat. 

"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang memiliki maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Baling di talian 04-4708222 atau pegawai penyiasat, Asisten Superitenden (ASP) Tan See Yean di talian 019-6687687," katanya. - Getaran 2 Oktober 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka