web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hentikan Spekulasi Kemalangan LRT - PDRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 May 2021 12:24PM

Seramai 213 cedera manakala 47 orang parah dalam kejadian pertembungan 2 LRT dalam terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC malam tadi. - Gambar Hazli Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden pertembungan dua Transit Aliran Ringan (LRT) dalam terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Zainal Abdullah, berkata semua pihak perlu memberi ruang kepada pasukan khas yang ditubuhkan untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden berkenaan.

Katanya, sebarang spekulasi yang dicetuskan boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan mengganggu ketenteraman awam.

“Bagi ruang kepada pasukan khas untuk jalankan siasatan secara menyeluruh dan kita tunggu keputusan siasatan berkenaan.

“Orang ramai atau sesiapa jua jangan cuba menimbulkan sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ciapan seorang lelaki yang mengaitkan insiden pertembungan dua tren LRT terbabit adalah disebabkan serangan siber oleh pihak rejim Zionis susulan sokongan warga Malaysia kepada Palestin.

Dalam insiden jam 8.45 malam itu, seramai 47 penumpang parah manakala 166 lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua tren dari arah bertentangan di dalam terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC. – Getaran, 25 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia