web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sekolah Boleh Ditutup Tanpa Kelulusan PPD Jika Bacaan IPU Lebih 200

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Oct 2023 11:58AM

Pelajar sekolah dilihat mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai pelitup muka memandangkan situasi jerebu yang melanda di beberapa kawasan di negara ini ketika tinjauan di sekitar Batu Muda, baru-baru ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Pihak sekolah boleh menutup sekolah tanpa menunggu kelulusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sekiranya keadaan jerebu semakin teruk dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Timbalan Menteri, Lim Hui Ying berkata, pihak sekolah perlu sentiasa memantau kualiti udara dan bacaan IPU melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar.

"Menurut garis panduan KPM dalam usaha menangani situasi jerebu, jika bacaan IPU melebihi 100, tiada sebarang aktiviti luar boleh dilaksanakan di sekolah manakala jika ia melebihi 200, sekolah akan ditutup dan pembelajaran perlu dilakukan secara dalam talian.

"Pihak sekolah tidak perlu menunggu kelulusan, namun perlu memaklumkan kepada PPD," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Jeti Chew di sini hari ini.

Tambahnya, pemakaian pelitup muka juga digalakkan di sekolah dan pelajar perlu minum air dengan cukup.

Selain itu, Lim turut menasihati ibu bapa supaya sentiasa meneliti keadaan kesihatan anak-anak serta mengurangkan aktiviti di luar rumah memandangkan kualiti udara yang kurang baik.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi berkata setakat jam 9 pagi tadi tiga daripada empat stesen bacaan IPU di Pulau Pinang merekodkan kualiti udara yang amat baik.

"Saya percaya keadaan jerebu di negeri ini menunjukkan pengurangan kerana hujan sejak beberapa hari kebelakangan ini.

"Namun, saya telah memberi arahan kepada Jabatan Kesihatan negeri untuk memantau jika terdapat peningkatan kes yang terlibat dengan sistem pernafasan akibat jerebu untuk pihak kami menyusuli dengan tindakan seterusnya," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

2

Pendidikan 5 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Tangguh Dahulu Aktiviti Luar Bilik Darjah - KKM

4

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Kantin Sekolah Dibuka Untuk Pelajar Bukan Islam - Fadhlina

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia