web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Lantang Dan Keras, Ini Yang Kita Mahu Daripada PDRM!' - Netizen

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2023 10:33AM

Mohd Shuhaily Mohd Zain - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ketika kepercayaan masyarakat kepada pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia kian terhakis, video ucapan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain disifatkan memberi harapan baharu. 

Rakaman ucapannya pada Majlis Amanat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang yang tular di media sosial sejak semalam, antara lain memperlihatkan beliau memberi amaran keras kepada semua pegawai agar tidak terbabit melindungi sebarang sindiket jenayah. 

Tegas beliau, sikap tamak sesetengah pegawai dan anggota telah mencemarkan nama baik PDRM, yang seharusnya berkhidmat dengan penuh integriti. 

“Korang sanggup jual nyawa seorang lagi rakan korang kerana duit imbuhan yang tak seberapa, yang kau dapat daripada sindiket. 

“Dalam erti kata lain, dalam pasukan ni kelak ada yang sanggup membunuh antara satu sama lain disebabkan duit. Sebab apa? Sebab tak ada penyeliaan di bawah untuk tengok budak-budak ni macam mana cara hidup dia. Takde,” katanya, keras. 

@askar_pencen72 Salah seorang pegawai tinggi PDRM yang aku kagum#fyp #fypシ #foryoupage #longervideos #sangsakabiru #CapCut ♬ original sound - Askar_Pencen72

Memberi bayangan bahawa beliau menyedari penyelewengan dilakukan segelintir anggota dan pegawai, Mohd Shuhaily berkata, semuanya berlaku kerana arahan untuk membuat pengisytiharan harta gagal dipatuhi. 

“Satu sarjan boleh pakai Alphard, boleh pakai Vellfire boleh pakai Mercedes, ada kau bertanya? Pengisytiharan harta ada buat? Benda tu semua dah ada dah dalam arahan. Macam Datuk Suresh (Datuk Suresh Kumar G Suppiah) cakap, the system is perfect, it is just us

“Sebab tu ada anggota, pegawai dalam penyeliaan Tuan Puan buat benda merapu-rapu. Sebab apa? Bosnya tak ambil port. Bos bukan tak ambil port saja, kadang-kadang bos pun sama,”: katanya, lantang. 

Mohd Shuhaily memberi amaran, mana-mana antara 130 Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) yang gagal mematuhi arahan diberikan akan ditukar ke bahagian lain. 

“Korang bukan sahaja akan ditukarkan keluar, aku akan put a note there – not recommended for any higher rank because kau tak layak diberi tanggungjawab menyelia orang lain dengan pangkat lebih tinggi,” katanya. 

Sementara itu platform media sosial, majoriti netizen menyifatkan kualiti dimiliki Mohd Shuhaily perlu dimiliki oleh semua pegawai atasan PDRM. 

Projek Hitam menerusi ciapan di X berkata, ketelusan dimiliki mantan Ketua Polis Kuala Lumpur itu untuk bercakap mengenai open secret PDRM menggambarkan perubahan dasar pihak berkuasa. 

“Bagi saya, jika Pengarah PDRM sendiri mula bercakap secara open secret dan bengis, maka ini adalah perubahan dasar dalaman yang radikal bagi PDRM.  

“Mungkin selepas ini lain-lain Pengarah akan mula follow. Tahniah Datuk Seri Shuhaily, Pengarah JSJ,” katanya. 

Sementara itu di TikTok, video ucapan Mohd Shuhaily tersebut menerima lebih 45,000 tanda suka dan 8,166 perkongsian setakat jam 10.30 pagi tadi. - Getaran, 8 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

4

Filem & TV 8 bulan yang lalu

 Filem 'Oppa' Bantu PDRM Banteras Jenayah Scam

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini