web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


33 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2021 2:50PM

150 orang kehilangan tempat tinggal apabila 33 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru, di Kota Kinabalu, Sabah, tengah malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Tidur lena lebih 150 orang penduduk tidak berpanjangan apabila 33 kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian jam 12.45 tengah malam itu, penduduk sedaya upaya cuba menyelamatkan diri dan barangan berharga milik mereka.

Mereka turut bertindak menyiram dinding dan jambatan kayu dengan air, bagi mengelakkan api terus merebak.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah hari ini mengesahkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 1.01 pagi tadi.

"Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

"Sebaik tiba di lokasi berhampiran berhampiran Masjid Al-Kauthar, api sedang marak membakar beberapa kediaman penduduk," katanya.

“Pegawai dan anggota bomba bertugas kemudian segera melakukan kerja pemadaman api dan mengambil masa kira-kira satu jam untuk berbuat demikian, sebelum operasi ditamatkan pada jam 4.30 pagi,” katanya.

Menurut beliau, JBPM masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian ditanggung mangsa.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya.

Sementara itu, satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Muhibbah Sembulan diaktifkan bagi menempatkan mangsa kebakaran.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah, Kolonel Sharudin Md Zain berkata, proses pendaftaran kemasukan mangsa masih berlangsung sehingga jam 10 pagi tadi. – Getaran, 25 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

32 Gerai Penjaja Di Batu Ferringhi Musnah Dijilat Api

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia