web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Gempa Bumi Di Afghanistan - Wisma Putra

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2023 4:52PM

Wisma Putra. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan mengalami kecederaan atau menerima kesan secara langsung akibat kejadian gempa bumi yang melanda wilayah Herat di Afghanistan pada 7 Oktober lalu. 

Perkara itu disahkan Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, dalam satu kenyataan, pada Selasa.  

Kerajaan Malaysia turut mengucapkan takziah dan menzahirkan rasa simpati kepada kerajaan serta rakyat Afghanistan yang terjejas, susulan gempa bumi yang mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan ribuan lagi cedera, serta kemusnahan harta benda dan infrastruktur awam.

“Rakyat Malaysia menzahirkan solidariti kepada rakyat Afghanistan pada waktu yang sukar ini. Ingatan dan doa ikhlas rakyat Malaysia adalah bersama-sama, khususnya kepada mereka yang terkesan dengan bencana ini,” menurut kenyataan itu.

Pada masa ini, urusan konsular yang melibatkan rakyat Malaysia di Afghanistan dikendalikan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi. 

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung terus dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi di 50-M, Satya Marg Chanakyapuri New Delhi 110021, atau melalui nombor telefon: +91-11-2415 9300 +91-85955 50594, faks: +91-11-2688 1538 ataupun e-mail: mwdelhi@kln.gov.my.

Lebih 11,000 mangsa terjejas, manakala 2,500 dilaporkan maut akibat beberapa siri gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada Sabtu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi