web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Operasi Field ICU Hospital Kepala Batas Ditangguh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2021 8:26PM

Komander Hospital Medan Leftenan Kolonel Dr Mohd Zamri Derahman memberi penerangan pelan lakaran Field ICU Kepala Batas kepada media hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS - Operasi Unit Rawatan Rapi Lapangan (Field ICU) di Hospital Kepala Batas di sini yang sepatutnya bermula hari ini, terpaksa ditangguhkan bagi mengetatkan prosedur operasi standard (SOP).

Komander Hospital Medan, Leftenan Kolonel Dr Mohd Zamri Derahman berkata, operasi Field ICU dijangka bermula pada Khamis atau Jumaat ini berikutan pihaknya masih belum mendapat kelulusan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi latihan kebakaran (fire drill).

“Semalam kami hanya melakukan ujian kebakaran secara teori tetapi pihak bomba merasakan kami perlu melakukan ujian secara praktikal kerana kawasan ini terdedah kepada bahaya.

“Seperti yang kita sedia maklum, kawasan ini banyak menggunakan tong oksigen dan ia menjadi faktor kebakaran dapat merebak dengan cepat,” katanya kepada media hari ini.

Ahad lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, Field ICU di Hospital Kepala Batas dijangka mula menerima pesakit COVID-19 pada hari ini.

Sementara itu, Dr Mohd Zamri berkata pihaknya akan melaksanakan latihan ‘dry run’ secara komprehensif sekali lagi hari ini bersama semua anggota yang terlibat.

“Latihan dry run ini akan melibatkan pemakaian PPE oleh semua anggota terlibat termasuk pesakit olok-olok bagi memastikan latihan ini benar-benar mematuhi SOP kesihatan COVID-19.

“Kementerian Kesihatan juga sudah dimaklumkan mengenai penangguhan ini dalam mesyuarat yang diadakan bersama pagi tadi,” katanya.

Field ICU yang pertama kali menampilkan konsep hibrid ini menggunakan empat kontena sebagai kemudahan utama bagi membantu menguruskan pesakit COVID-19 di peringkat kritikal.

Ia diwujudkan selepas penggunaan semua wad ICU di Pulau Pinang mencecah kapasiti maksimum.

Tiga kontena akan menempatkan 12 katil, satu kontena sebagai wad x-ray, manakala 15 katil lagi akan ditempatkan di tiga khemah khas yang dibina berdekatan.

Sebelum ini, Dr Noor Hisham dilaporkan berkata, terdapat keperluan mendesak untuk mewujudkan Field ICU di Hospital Kepala Batas untuk merawat pesakit kritikal.

Menurutnya, proses pembinaan Field ICU tersebut adalah sebagai persediaan bagi menampung kemasukan pesakit ke ICU di Pulau Pinang yang telah meningkat lebih 45 peratus sejak bulan lalu. - Getaran, 25 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 7 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah