web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Syarikat Bas Ekspress Dalang Permit Rentas Daerah Palsu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2021 9:23PM

Antara alatan yang dipercayai digunakan untuk membuat permit palsu yang dirampas oleh polis.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Sebuah syarikat bas ekspres dikesan menjadi dalang pemalsuan permit rentas daerah bagi membolehkan mana-mana Individu 'menyeludup' ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Syarikat bas ekspres terkenal itu dipercayai giat melakukan aktiviti berkenaan dengan mengenakan bayaran tambahan sebanyak RM10 bagi setiap permit, untuk membawa penumpang dari Semporna merentas daerah, termasuk ke Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar selepas sebuah bas milik syarikat terbabit ditahan untuk pemeriksaan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Kilometer 15 Jalan Semporna-Tawau, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, bas ekspres berkenaan sedang membawa 22 penumpang dan 18 daripadanya disyaki mengemukakan permit palsu.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pada awalnya tiada perkara yang mencurigakan pada permit tersebut.

“Namun setelah diteliti, tertera perkataan Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada borang berkenaan dengan nombor siri dua angka.

“Ia berbeza dengan permit dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna yang menggunakan permit di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), membabitkan nombor siri mencecah empat angka,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Bertindak atas maklumat diterima, polis kemudian melakukan serbuan di pejabat syarikat bas ekspres berkenaan di Pekan Semporna.

Ini permit palsu yang dicetak menggunakan dakwat berwarna bagi menampakkan ia seperti salinan asal permit kebenaran dari IPD Semporna.
Ini permit palsu yang dicetak menggunakan dakwat berwarna bagi menampakkan ia seperti salinan asal permit kebenaran dari IPD Semporna.

Mohd Farhan berkata, polis berjaya menemui 13 keping salinan permit palsu kosong dan tujuh permit palsu yang sudah diisi nama penumpang.

“Modus operandi syarikat ini adalah menggunakan permit kebenaran rentas daerah tahun lalu iaitu semasa PKPP.

“Syarikat itu bertindak memadamkan nama penumpang lama dan maklumat berkaitan, manakala nama, pangkat, tandatangan, cop dan nombor siri dikekalkan,” katanya.

Permit tersebut jelasnya lagi, akan dicetak semula untuk setiap penumpang baharu.

Sehubungan itu, polis merampas semua permit palsu berkenaan, set komputer, pencetak dan dokumen syarikat. 

Mohd Farhan berkata, pihaknya turut menahan pemandu bas dan semua penumpang berusia 13 hingga 46 tahun untuk direman selama empat hari sehingga semalam, bagi membantu siasatan.

"Sepuluh daripada penumpang iaitu warga tempatan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini, manakala selebihnya iaitu warga asing masih ditahan sehingga Jumaat.

“Berdasarkan maklumat awal, aktiviti berkenaan didalangi kerani syarikat bas tersebut yang juga seorang lelaki Filipina,” katanya.

Susulan pembongkaran, polis turut melancarkan gerakan memburu seorang suspek, dikenali sebagai lnajib Salleh yang dianggarkan berusia 32 tahun, dengan alamat terakhir di Kampung Kamar Mayat, Semporna.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Safri Fakeh di talian 089-782020.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu. - Getaran, 25 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia