web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahli Parlimen Dilarang Buat Penstriman Langsung Di Parlimen

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2023 12:10PM

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul. gambar FB Parlimen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bermula hari ini, Ahli Parlimen tidak lagi dibenarkan menggunakan peranti elektronik seperti telefon bimbit di atas meja bagi membuat penstriman langsung menerusi media sosial mereka ketika sedang berucap di Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata ini memandangkan tindakan berkenaan jelas tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat 35(1), yang mengkehendaki Ahli Parlimen untuk mengarahkan sebarang ucapan kepada Pengerusi.

“Untuk memastikan Yang Berhormat mematuhi Peraturan Mesyuarat 35 (1), saya dengan ini menetapkan bahawa Ahli-Ahli Yang Berhormat tidak lagi dibenarkan untuk memasang sebarang peranti bagi membuat 'live streaming’ (penstriman langsung) dalam Dewan Rakyat,” katanya pada permulaan sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata ketika ini, persidangan Dewan Rakyat boleh ditonton melalui YouTube rasmi Parlimen Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan media massa yang lain.

Menjawab celahan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang tidak bersetuju dengan arahan tersebut, Johari menjelaskan tindakan itu dilakukan apabila beliau mendapati Ahli Parlimen hilang fokus di Dewan Rakyat, apabila bercakap atau berinteraksi dengan audiens menerusi media sosial.

Johari berkata, Ahli Parlimen seharusnya meletakkan keutamaan untuk berbincang dan menyelesaikan masalah rakyat ketika berada di dalam Dewan Rakyat. 

“Apabila anda (Ahli Parlimen) berinteraksi dengan audiens anda, tumpuan anda tidak lagi terhadap Dewan. Saya perhati, saya duduk atas saya nampak, dia (Ahli Parlimen) akan laraskan setengah jam (peranti), jadi dia tidak terus berbincang masalah rakyat dalam Dewan Rakyat tapi dia berkomunikasi dengan audiens dia, ini sangat teruk,” katanya.

Beliau berkata, Ahli Parlimen boleh menggunakan klip video daripada YouTube rasmi Parlimen Malaysia untuk kegunaan pengisian kandungan dalam media sosial masing-masing sekiranya perlu.

Dalam pada itu, Johari berkata, bagi memberi lebih ruang dan peluang kepada lebih ramai untuk mengutarakan soalan bagi setiap pertanyaan pada sesi Waktu-waktu Pertanyaan Menteri (MQT), Perdana Menteri dibenarkan untuk menjawab dua pertanyaan dengan diperuntukkan 15 minit bagi setiap pertanyaan.

Menurut Johari perkara itu selaras Peraturan Mesyuarat 100 dan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 24(5A) dan 24A(7).

“Peruntukan masa setiap pertanyaan ini membolehkan lebih soalan tambahan diajukan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk setiap pertanyaan. Pemasyhuran ini berkuat kuasa pada esok, Selasa, 17 Oktober 2023,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjanjian Berkaitan Pemulihan Aset 1MDB Tidak Terperinci - Johari

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Parlimen Gunakan Sistem EHantar Bagi Urusan Dewan Mulai Esok - Johari

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Lafaz Rukun Negara Setiap Sesi Pembukaan Penggal Dewan Rakyat - Johari

4

Politik 11 bulan yang lalu

Jangan Libatkan Saya Dengan Permainan Politik - Johari

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 15 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad