web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perjanjian Berkaitan Pemulihan Aset 1MDB Tidak Terperinci - Johari

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2024 12:04PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs Group Inc (Goldman Sachs) berkaitan pemulihan aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada 2020, dibuat dengan tidak terperinci serta tidak jelas, kata Pengerusi Pasukan Petugas Pemulihan Aset 1MDB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, perkara itu adalah faktor syarikat berkenaan mengambil kesempatan untuk tidak mahu membayar jaminan pemulihan aset berjumlah AS$1.4 bilion kepada kerajaan Malaysia.

"Pada 2020, kita buat settlement dulu, kita dibayar AS$2.5 bilion kemudian dijanjikan nak bayar lagi AS$1.4 bilion (pemulihan aset) tetapi perjanjian dibuat itu tidak terperinci.

"Jadi, mereka (Goldman Sachs) ambil kesempatan tidak mahu bayar sebab ia cakap kita dah kutip melalui Ambank iaitu denda sejumlah AS$640 juta, jadi ditolak AS$1.4 bilion itu. Kemudian, kita dah dapat lebih kurang dalam AS$430 juta daripada DOJ (Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat).

"Selepas itu, Goldman Sachs tolak settlement kita dengan IPIC (International Petroleum Investment Company), kemudian katanya dah selesai, jadi kenapa syarikat itu perlu bayar AS$1.4 bilion? Kita kata tidak, AS$1.4 bilion itu ialah pemulihan bukannya denda. Ada pertikaian di situ kerana perjanjian tidak jelas," katanya kepada BERNAMA.

Sebelum ini, Johari dilapor berkata, perjanjian penyelesaian yang ditandatangani pada Ogos 2020 antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs memerlukan syarikat itu membayar bayaran tunai AS$2.5 bilion dan memberikan jaminan pemulihan aset sebanyak AS$1.4 bilion kepada kerajaan Malaysia.

Mengulas lanjut, Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, setakat ini, pasukan petugas berkenaan masih dalam proses mendapatkan arbitrasi atau timbang tara sebagai usaha menyelesaikan perkara itu. 

Menurutnya, proses untuk memperoleh pemulihan aset AS$1.4 bilion itu juga akan mengambil masa yang lama kerana bergantung kepada keputusan Goldman Sachs sama ada mahu melawan tuntutan kerajaan Malaysia berhubung perkara itu menerusi prosiding undang-undang.

1MDB membayar yuran khidmat nasihat yang terlalu tinggi sebanyak AS$606 juta kepada Goldman Sachs bagi nasihat membabitkan terbitan tiga bon berjumlah AS$6.5 bilion.

Penglibatan secara langsung Goldman Sachs dalam skandal 1MDB telah menyaksikan syarikat itu didenda oleh pelbagai pihak pengawal selia, termasuk Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang berjumlah AS$2.9 bilion.

Jumlah denda dibayar Goldman Sachs adalah melebihi bayaran tunai yang dibuat kepada kerajaan Malaysia (AS$2.5 bilion), walaupun Malaysia mengalami kesan terbesar daripada skandal 1MDB apabila perlu membayar sebanyak AS$6.5 bilion (jumlah prinsipal) serta faedah kira-kira AS$3.2 bilion dalam tempoh 10 tahun untuk melunaskan hutang 1MDB.

Pertikaian pada masa ini tertumpu kepada cubaan Goldman Sachs untuk mengimbangi denda yang dikenakan terhadap AMMB Holdings Bhd (RM2.8 bilion) serta perjanjian penyelesaian dengan IPIC (AS$1.8 bilion) terhadap jaminan pemulihan aset bernilai AS$1.4 bilion.

Goldman Sachs menyatakan bahawa obligasinya di bawah jaminan pemulihan aset telah dilepaskan melalui usaha itu.

Bagaimanapun, kerajaan Malaysia mempertikaikan perkara itu dan menegaskan bahawa denda yang dikenakan terhadap Ambank serta penyelesaian dengan IPIC tidak termasuk dalam skop jaminan pemulihan aset yang bernilai AS$1.4 bilion. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 3 bulan yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka