web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bom Hospital Ialah Cubaan Penghapusan Etnik, Genosid Untuk Palestin

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Oct 2023 9:05AM

Mangsa pengeboman sebuah hospital di Gaza oleh Israel. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengeboman ke atas hospital di Gaza oleh tentera Zionis boleh disifatkan sebagai penghapusan etnik dan genosid.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Yusof Mujahid Rawa berkata, niat Israel untuk menguasai seluruh negara Palestin jelas apabila memaksa penduduk Semenanjung Gaza meninggalkan kediaman masing-masing, atau berdepan pembunuhan beramai-ramai jika enggan.

Menurut beliau, Israel adalah entiti Zionis yang merampas bumi Palestin sejak 70 tahun lalu, sepanjang sejarahnya melakukan pembunuhan ke atas penduduk Palestin termasuklah yang terkini.

“Dalam siri keganasan Israel terkini, 500 orang awam terbunuh dalam serangan udara ke atas hospital di utara Semenanjung Gaza,” katanya.

Tegas Pengerusi Nadwah Ulamak (NUNJI) itu, dunia harus mengutuk keras genosid ke atas penduduk Palestin di Gaza dan menekan Israel untuk memberhentikan serta merta kegilaan ini.

“Kemarahan atas kekejaman penjajah zionist Israel semakin membuak dan boleh meningkatkan ketegangan di Asia Barat yang mencetuskan potensi campur tangan ketenteraan dari negara jiran.

“Malaysia harus menggerakkan seluruh dunia Islam dan ASEAN untuk membantah keganasan ini dan menekan PBB untuk mengembalikan hak Palestin,” katanya.

Jelasnya, Israel perlu diarah berundur dari semua kawasan yang dijajah, sekali gus mengembalikan semula kedudukan Jerusalem sebagai Baitulmaqdis seperti ditetapkan.

“Kerajaan juga perlu terus mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) agar mengeluarkan satu resolusi ‘humanitarian pause di Gaza dengan serta merta.

“Hentikan kekejaman dan kezaliman ini,” katanya.

Al Jazeera semalam melaporkan, lebih 500, majoritinya pesakit dan pelarian Palestin, maut apabila tentera Zionis mengebom Hospital Al Ahli di Genting Gaza.

Kegilaan terbaru Israel itu menerima kecaman hebat di seluruh dunia dengan sebahagian besar menyifatkan Zionis sudah hilang perikemanusiaan. - Getaran, 19 Oktober 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini