web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


WHO CA+ Dan IHR: Kedaulatan Negara Sentiasa Jadi Keutamaan - Menteri

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Oct 2023 8:34AM

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedaulatan negara sentiasa menjadi keutamaan dalam sebarang rundingan bersama komuniti global, termasuk Triti Pandemik Perjanjian Konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO CA+) dan pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005).

Memberi jaminan itu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau menyedari kebimbangan rakyat berhubung isu berkenaan.

Tegas beliau, Malaysia turut terlibat dalam rundingan IHR dan memainkan peranan penting untuk memastikan suara negara didengari.

“Penglibatan kita penting untuk memastikan suara kita didengari dan sebarang keputusan yang akan dibuat di peringkat WHO ini tidak bercanggah dengan prinsip kita, khususnya perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.

“Tiada keputusan akan diberikan sehingga segala-galanya dipersetujui,” katanya.

Desas-desus mengenai IHR hangat diperkatakan, khususnya di media sosial mutakhir ini.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut tidak ketinggalan mengupas isu tersebut, dengan mengeluarkan pelbagai andaian, termasuk teori konspirasi dan implikasi negatif sekiranya negara menyetujui pindaan terbabit.

Antaranya mereka mendakwa, segala keputusan dalam perihal kesihatan wajib mengikut arahan WHO, sekali gus bermakna kerajaan tidak lagi berhak membuat sebarang ketetapan.

Pindaan itu juga dakwa semua NGO terlibat, bakal menghilangkan kuasa eksekutif dimiliki Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri selaku teraju utama negara.

Turut lantang membantah pelaksanaan IHR ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, Malaysia wajib menolak pindaan IHR 2015 sebelum 1 Disember depan iaitu tarikh akhir bantahan supaya negara tidak dijajah anasir luar.

Kegagalan menolak pindaan itu katanya, membolehkan WHO mengambilalih pemerintahan sekali gus mengetepikan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan kerajaan, termasuk dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat. - Getaran, 27 Oktober 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 15 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan