web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


APMM Patahkan Cubaan Seludup 102KG Minyak Masak Subsidi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 May 2021 9:19PM

APMM berjaya patahkan cubaan seludup 102kg minyak masak bersubsidi ke Filipina di perairan Pulau Bum Bum, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Cubaan seorang individu menyeludup 102 kilogram minyak masak paket bersubsidi ke Filipina gagal, apabila aktivitinya berjaya dipatahkan pihak berkuasa di perairan Pulau Bum Bum, awal, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, suspek dikesan menaiki sebuah bot dan dalam perjalanan ke arah sempadan perairan negara jiran.

Timbalan Pengarah Zon Maritim (Operasi)  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Semporna, Leftenan (M) Muhammad Haris Azmi berkata, pihaknya sebelum itu menerima maklumat berhubung aktiviti penyeludupan di kawasan berkenaan.

"Sebaik ditemui, juragan bot bertindak terjun ke laut bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

"Disebabkan keadaan cuaca yang masih gelap, suspek gagal ditemui menyebabkan anggota bertugas menghampiri bot yang ditinggalkan bagi tujuan pemeriksaan," katanya hari ini.

Hasil pemeriksaan, APPM berjaya menemui 102 paket plastik berisi minyak masak subsidi dilonggokkan dalam bot tersebut.

"Semua minyak masak, enjin, bot dan beberapa jerikin dirampas bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) akta yang sama, memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya. – Getaran, 26 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia