web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bidaan Jam Rolex Dr Zulkifli Cecah RM131,000, Tawaran Dibuka Sehingga 12 Tengah Malam

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2023 8:20PM

Tangkap layar hantaran Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sehingga jam 8 malam ini, kutipan yang dipungut mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri hasil bidaan seutas jam tangan mewah jenama Rolex miliknya kekal pada RM131,000.

Bidaan berkenaan dibuka kepada orang ramai sehingga jam 12 tengah malam nanti.

Jam tangan kesayangan mantan Mufti Wilayah Persekutuan itu adalah hadiah kurniaan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz, selepas beliau menyampaikan ucapan mewakili semua mufti dan ulama, sempena lawatan baginda ke Malaysia pada Februari 2017.

Jelas Zulkifli, keputusan melelong jam berkenaan dibuat bagi mengutip sumbangan untuk disalurkan sebagai bantuan kepada Palestin.

“Menjunjung kasih DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz atas derma kurnia yang amat bermakna ini. Titah Baginda untuk sentiasa bersederhana, mengutamakan perpaduan ummah dan memartabatkan agama sentiasa akan saya semat dalam hati,” katanya.

Jelas beliau, keputusan melelong jam kesayangan itu adalah demi menjunjung titah tersebut dan meraikan kesungguhan kerajaan Arab Saudi menyalurkan sumbangan bilion dollar kepada Palestin saban tahun. - Getaran, 31 Oktober 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 15 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan