web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Rehatlah Kak Nat, Saya Saksi Kebaikan Beliau Ketika Hidup’ - Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2023 8:44AM

Bekas Ahli Parlimen Sekijang, Allahyarham Natrah Ismail meninggal dunia jam 9.30 malam tadi di Hospital Segamat. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemergian bekas Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada PKR dan komuniti setempat.

Berkongsi kesedihan itu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau yakin jasa dan sumbangan diberikan Allahyarham sepanjang berkhidmat akan sentiasa dikenang.

Katanya, Natrah atau mesra dipanggil Kak Nat adalah insan berperibadi mulia yang amat gemar membantu orang lain.

“Kak Nat, begitulah panggilan mesra saya kepada beliau. Moga Allah mengampuni dan menempatkan roh beliau di tempat terbaik bersama para solehin dan muttaqin. Ameen Ya Rabb.

“Terima kasih Kak Nat atas persahabatan ini dan saya menjadi saksi atas kebaikan beliau ketika hidupnya,” katanya sebak.

Allahyarham Natrah penyandang kerusi Parlimen Sekijang selama sepenggal iaitu bermula 2018 hingga 2022.

Beliau menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 9.30 malam tadi di Hospital Segamat, Johor akibat kanser.

Allahyarham yang berusia 73 tahun ialah Ahli Majlis Pimpinan Wanita PKR Pusat.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut meluahkan rasa sedih atas pemergian Natrah.

“Menerima khabar duka yang baru diterima di atas pemergian sahabat perjuangan, Allahyarham Puan Natrah Ismail, mantan Ahli Parlimen Sekijang.

“Ramai di kalangan kami panggil Allahyarham sebagai Kak Natrah. Personaliti beliau baik, kerja keras membantu rakyat, wanita kental dan komited dalam perjuangan serta terus setia bersama parti saat diuji dari segenap sudut khususnya melalui siri pengkhianatan,” katanya.  - Getaran, 3 November 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 15 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global