web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘PLKN Umur 35? Kena ‘Standby’ Ubat Sakit Lututlah!’ - Netizen

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2023 10:29AM

Had umur 35 tahun itu turut mengundang jenaka dalam kalangan netizen termasuk 'meme'. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rasional di sebalik pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk golongan belia, termasuk yang sudah mencecah 35 tahun masih menjadi topik hangat di media sosial.

Majoriti netizen menyifatkan keputusan berkenaan ‘tak masuk akal’ kerana golongan terbabit pastinya memiliki komitmen masing-masing, khususnya keluarga dan pekerjaan tetap.

Ketika ada pihak bersetuju, segelintir lagi memilih menjadikan ia sebagai satu jenaka dan memuat naik pelbagai senario serta foto yang mencuit hati.

BuzzKini misalnya, memuat naik empat foto lucu mengenai bakal pelatih PLKN.

“Siapa yang terpilih tu nanti, semoga enjoy ya di PLKN,” katanya, ringkas.

Seorang lagi netizen di akaun @asyhfn pula berkata, dia sanggup menyertai program itu jika diberi elaun yang lumayan.

“Orang sibuk nak cari duit, dia suruh masuk plkn. Aku okay je kalau diorang bagi elaun 2k (RM2,000) sebulan.

“Patut dia suruh budak lepasan spm tu masuk plkn. Makin menjadi-jadi budak zaman sekarang,” katanya menerusi ciapan di X.

Fdaus di @FdausArffn pula berkata, separuh daripada kelengkapan yang perlu dibawa untuk PLKN nanti ialah minyak untuk merawat sakit sendi dan perubatan.

Bye ibu @razannasyiqin and Affan. Ayah nak pack pegi PLKN ni. Half of bag full with joint oilment & medicines,” katanya.

Dia turut memuat naik meme melucukan mengenai isu itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dipetik sebagai berkata, Fasa 1 melibatkan pelajar Tingkatan Empat melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM).

Katanya, ia terdiri daripada silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap.

Jelas beliau, pelajar Tingkatan Lima yang dikecualikan untuk menjalani latihan di Fasa 1 bagi memberi laluan kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula akan menyertai Fasa 2 di kem latihan tentera wataniah sedia ada.

Beliau berkata demikian dalam sesi jawapan bertulis kepada Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) pada Dewan Rakyat. - Getaran, 3 November 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad