web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jawatan Timbalan Presiden Amanah Ditentukan Disember Ini - Mahfuz

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2023 6:09PM

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Jawatankuasa Nasional Amanah bagi penggal 2023-2026 pada bulan Disember nanti akan menentukan siapa bakal mengisi jawatan Timbalan Presiden Amanah, yang ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, setakat ini parti itu baru sahaja memulakan mesyuarat dan masih belum menerima senarai calon-calon.

"Kita tidak boleh buat sebarang spekulasi siapa yang bakal mengisi jawatan yang ditinggalkan oleh Allahyarham. Sebagaimana yang kita tahu sistem di dalam Amanah agak berlainan dengan parti-parti lain seperti UMNO ataupun PAS.

"Kita tidak bertanding untuk satu jawatan, tetapi jawatan itu ditentukan oleh 27 orang (AJK Pimpinan Nasional) yang terpilih di peringkat nasional," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Amanah kawasan Pasir Mas di Pertanian Kemubu (KADA) Tendong di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, kesemua 27 calon yang terpilih itu akan bermesyuarat bagi menentukan siapa yang paling layak memegang sebarang jawatan seperti presiden, timbalan mahupun setiausaha.

Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, meninggal dunia pada 23 Julai lalu di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah, selepas mengalami pendarahan otak. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Mahfuz, Dr Hatta Dilantik Naib Presiden AMANAH

2

Politik 6 bulan yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

3

Politik 6 bulan yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

4

Politik 10 bulan yang lalu

Amanah Yakin Pertahan Kerusi Simpang Jeram, Pulai

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Maal Hijrah: Lebih 60,000 Umat Islam Dijangka Sertai Malam Ehsan Untuk Insan Esok

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

Semasa 1 hari yang lalu

‘Tiada Masalah Kewangan Dan Tiada Hutang Pernah Dibuat Setakat Ini' - UIAM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 9 jam yang lalu

Suami Isteri, Anak Nyaris Lemas Kereta Terhumban Dalam Sungai