web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pekerja Lelaki Maut Dalam Kejadian Gas Amonia Bocor Di Kilang Ais

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2023 8:20AM

gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Pekerja lelaki yang cedera parah dalam kejadian kebocoran gas amonia di sebuah kilang ais di sini, pagi semalam meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK).

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata, dalam kejadian pada kira-kira 10 pagi itu, mangsa berumur 40 tahun itu sedang melakukan kerja penyelanggaraan ketika mesin pemotong ais pecah dan terkena gas ammonia sehingga tidak sedarkan diri. 

"Hasil siasatan awal polis mendapati ketika kejadian...seorang mekanik dibantu oleh tujuh pekerja sedang membuat penyelanggaraan pada mesin pemotong ais.

"Sebatang paip sistem penyejukan telah bocor dan menyebabkan gas ammonia dari keseluruhan tiub sistem penyejukan menyembur keluar," katanya kepada pemberita ketika meninjau tempat kejadian di Batu 3 di sini, malam tadi.

Abdul Fuad berkata, mangsa yang identiti masih dalam siasatan, disahkan meninggal dunia ketika tiba di HDOK dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. Bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.

Menurut beliau ketika kejadian, 18 pekerja berumur 21 hingga 55 tahun sedang bertugas di kilang berkenaan dan 17 daripada mereka menerima rawatan di HDOK akibat terhidu gas bocor.

Katanya, enam daripada mangsa telahpun dibenarkan pulang, manakala selebihnya masih menerima rawatan lanjut termasuk di unit rawatan гарі.

"Sekarang ini, tahap kualiti udara normal dan terkawal. Namun, saya ambil keputusan untuk tutup sementara pengoperasian kilang-kilang di kawasan ini yang berdekatan 100 meter dari kilang ais mengikut nasihat Jabatan Alam Sekitar," katanya sambil menambah siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sementara itu, Pengarah HDOK Dr Mohd Fahmie Othman menasihati orang awam terutama penduduk sekitar yang mungkin terkesan dengan kejadian itu supaya segera ke klinik berdekatan atau terus ke Jabatan Kecemasan HDOK jika mengalami simptom seperti gatal pada kulit, radang pada mata dan sesak nafas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

63 Rumah Setinggan Diroboh Dalam Operasi Bersepadu Di Kota Kinabalu

4

Semasa 1 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka