web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Pelamin Anganku Musnah', Pengantin Perempuan ‘Lesap’ Dengan Wang Hantaran

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2023 3:35PM

Nurul Aiman mendakwa, dia sama sekali tidak tahu 'tunangnya' itu sudah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari…

Niat suci seorang pemuda untuk memperisterikan kekasih hatinya berkecai, apabila si pengantin ‘lesap’ di hari pernikahan.

Lebih ‘menyakitkan’, wanita terbabit dikhabarkan masih bersuami, malah sudah memiliki dua cahaya mata.

Dikenali sebagai Nurul Aiman, pemuda tersebut memberitahu, ‘kekasihnya’ itu dikenali sejak dua tahun lalu, malah kedua keluarga juga saling mengenali.

“Aku kenal dengan perempuan ni yang memperkenalkan diri dia dengan nama Nur Hanie Natasya Binti Taufiq Freddy Kong since 2021, kenal punya kenal and dah kenal parents masing-masing (aku kenal ayah dia je sbab mak dia dah meninggal).

“Dia ni selalu balik Kuching and habiskan cuti kat Kuching (rumah keluarga aku). Kitorang siap bertunang lagi tahun lepas 12/10/2022 (majlis pertunangan di Kuching sebab dia dan ayah dia request, so menumpang majlis kat rumah kakak ipar aku),” katanya.

Pengantin perempuan bersama bapanya di 'majlis pertunangan' bersama mangsa - gambar X
Pengantin perempuan bersama bapanya di 'majlis pertunangan' bersama mangsa - gambar X

Dakwa beliau, majlis akad nikah mereka sepatutnya dilangsungkan pada 10 November lalu, manakala resepsi dijadualkan keesokan hari di rumah pengantin perempuan di Daro.

Jelasnya, rombongan pihak lelaki bertolak dari Kuching pada jam 6 pagi, 9 November lalu dan hanya tiba di Daro pada 5 petang.

“Sampai di Daro, kami terus pergi ke homestay yang dah dibooking oleh si pengantin perempuan untuk rombongan kami yang berjumlah 22 orang (sebuah van tiga buah kereta).

“Then, terkejut kami bila owner homestay cakap takde apa-apa pesanan bilik yang diterima untuk tarikh tu. Aku pun call la berkali-kali bakal pengantin perempuan tapi takde respon,” katanya.

Nurul Aiman memberitahu, mereka akhirnya memutuskan untuk membayar harga penginapan inap desa terbabit kerana mahu merehatkan diri selepas menempuh perjalanan jauh. 

“Disebabkan dah terlalu penat sangat, nak tak nak terpaksa jugak bayar guna duit sendiri untuk homestay termasuk perbelanjaan lain yang sepatutnya diuruskan pengantin perempuan. Bukan main lagi bagitau kat mak aku yang homestay dah diurus semua tinggal nak datang je.

“Kami bergerak ke alamat yang diberi pada 10 November dengan rombongan dan barang hantaran. Sampai je kat situ dah rasa pelik sebab macam takde apa-apa sambutan, kosong! Persiapan majlis langsung takde. Aku cuba la call bakal pengantin perempuan dengan bapak dia, dua-dua tak boleh call. Alamat betul, tapi rumah takde orang. Memang dah agak dah ade sesuatu yang tak kena. Kitorang decide nak pegi rumah jiran sebelah tu,” katanya.

Penjelasan Nurul Aiman mengenai proses pendaftaran pernikahan yang diuruskan oleh pengantin perempuan - gambar X
Penjelasan Nurul Aiman mengenai proses pendaftaran pernikahan yang diuruskan oleh pengantin perempuan - gambar X

Ketika ini jelas Nurul Aiman, hatinya hancur apabila jiran berkenaan yang juga ibu saudara kepada ‘pengantin perempuan’ memberitahu, dia dan keluarga sudah ditipu.

“Bertambah geram dan terkejut bila dorang bagitau nama sebenar dia, Normahaini Maharam. Yang lagi parah perempuan tu dah berkahwin dan ada dua orang anak.

“Ayah dia pun bersubahat sekali dalam kes ni, sebab tak jujur dari awal. Kenapa seorang ayah sanggup biarkan anak dia bertunang dengan aku sedangkan dia sendiri tau anak dia tu bini orang. Memang speechless kecewa, marah, sedih semua ada, tak mampu dah aku nak cakap apa masa tu. Dengan kos kerugian persiapan perkahwinan lagi, duit hantaran dah diberi, maruah keluarga aku lagi. Mana nak letak,” katanya, berang.

Beliau memberitahu, laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian dan tindakan perundangan akan segera diambil.

“Normahaini binti Maharam, kau dah memalukan aku dengan keluarga aku. Kau tu kerja badan beruniform tapi kenapa perangai kau tak macam baju yang kau pakai tu? Kau dah mencemar dan merosakkan imej Jabatan Imigresen Malaysia.

“Mohon Jabatan Imigresen Malaysia, Kompleks Kementerian Dalam Negeri Setia Tropika, Johor Bahru, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor untuk ambik tindakan yg tegas terhadap anggota ni. 

“Takkan nak simpan anggota yang bermasalah macam ni. Kami sekeluarga pun dia berani tipu apa lagi dalam jabatan. Harap ada tindakan yang tegas diambil ke atas anggota bernama Normahaini binti Maharam. Apa pun, see you in court,” tegasnya. - Getaran, 14 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

2

Selebriti 4 bulan yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

3

Seni & Hiburan 5 bulan yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Ditipu Penjual Barangan Terpakai, Suri Rumah Rugi Lebih RM30,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka